Sepagi di Mafraq
11 Ogos 2009
4.40am: Bangun dari tidur, saya lihat Tarmizi masih tekun membaca. Agaknya dia tak tidur dari malam tadi. Selesai Solat Subuh, saya layari Internet. Kemaskini catatan perjalanan saya dan hubungi beberapa orang kawan yang online.
Tarmizi mengambil tempat saya tidur semalam. Dia perlu rehat sebelum masuk ke dewan peperiksaan tengah hari nanti. Saya nyatakan hasrat saya untuk ke Syria pagi ini. Dia cadangkan saya bertolak jam 2.00 petang kerana ada kawannya yang akan ke sana. Dia boleh tunjukkan jalan. Awalnya saya ragu-ragu. Tapi akhirnya saya mengalah.
Maka pagi itu saya buat keputusan untuk bersiar-siar sekitar Mafraq.
8.40am: Saya turun ke pasar yang berhampiran. Kedai-kedai sudah dibuka. Namun yang kelihatan hanya sayur-sayuran dan ayam. Saya teruskan berjalan. Semakin lama semakin banyak kedai yang dibuka. Jalan semakin sesak. Saya memilih untuk sarapan ayam golek -- satu hal yang tak pernah saya buat sebelum ini.
Tiada apa yang saya beli. Hanya cuci mata, melihat gelagat manusia dan membuat perbandingan dengan tempat-tempat yang pernah saya lawati sebelum ini.
Jordan sebenarnya menyimpan banyak kisah-kisah kaum terdahulu sebelum diutuskan Nabi Muhammad Sallallahu alaihi wasallam. Ia telah mula didudukki sejak Zaman Paleolitik Awal (1,800,000SM) dan telah berada di bawah penguasaan beberapa kerajaan seperti Parsi, Yunani, Rom dan Byzantium sebelum dibuka tentera Islam pada tahun 661M iaitu di bawah kerajaan Bani Umawiyyah.
11.00am: Saya kembali ke rumah Tarmizi dengan tangan kosong. Dia masih berehat. Saya kemudian berkenalan dengan Faiz, yang akan menemani saya ke Syria jam 2.00 petang nanti. Dia memang selalu sangat ke Syria. Saya kemaskan barang dan Tarmizi ke universiti untuk menduduki peperiksaan.
12.50pm: Azan Zohor berkumandang. Saya turun ke masjid dan dalam perjalanan kelihatan beberapa mahasiswa Melayu. Kemungkinan baru pulang dari peperiksaan. Universiti yang terdekat di sini adalah Universiti Ahlul Bait dan menurut Tarmizi sekarang adalah musim peperiksaan.

Ulasan
Catat Ulasan