Disoal siasat

17 Ogos 2009

5.00am: Telefon saya berbunyi. Sengaja saya tetapkan penggera supaya saya tidak terlewat. Saya bergegas ke surau untuk solat. Saya tak boleh lengah-lengah.

Kemudian saya beratur untuk check-in.

Pegawai datang dan tanyakan tentang visa. Saya nyatakan bahawa rakyat Malaysia tidak perlukan visa untuk masuk UK kerana ada perjanjian antara dua negara. Dia seperti kurang yakin. Katanya, ada sebuah negara di Asia yang sebelum ini tidak perlukan visa ke UK tetapi selepas Ogos ini, rakyat negara ini perlukan visa.

Saya tersenyum kelat. Malaysiakah itu?

"As far as I know, I don't need visa to enter UK," saya beri penegasan.

"I'll check."

Dia menuju ke arah rakannya dengan pasport saya. Mungkin kepada pegawai yang lebih tinggi pangkatnya. Sememangnya saya sudah diberi peringatan bahawa urusan untuk masuk ke UK agak sukar.

Saya mendekati mereka. Pegawai yang lain datang. Bahasa Inggerisnya bagus. Bahkan paling bagus di kalangan orang Turki yang pernah saya jumpa sepanjang perjalanan saya ini. Dia tanyakan saya banyak soalan yang saya kira aneh.

'Pasport ini sah digunakan untuk semua negara kecuali:'

Saya dihadapkan dengan tulisan ini dalam pasport dan dia tutup tulisan dalam Bahasa Inggeris di bawahnya.

"What does it means?"

Saya pun terjemahkannya semampu saya, "This pasport is can be used for any country except Israel."

Walaupun kurang tepat, tapi alhamdulillah, lulus.

Kemudian dia tanyakan tujuan saya ke UK, di mana saya belajar, apa yang saya belajar, bagaimana saya masuk Turki, apa saya buat di Jordan, kenapa saya gunakan jalan darat dll. Pada mulanya saya bertenang saja menjawab semua soalan. Tapi, sebaik saya dia meninggalkan saya, saya terus terasa gemuruh. Tak pernah saya disoal sedemikian rupa.

Akhirnya, pasport saya ditampal dengan dua pelekat keselamatan, tanda lulus! Saya check-in dan ambil boarding pass saya dan terus menuju ke pintu 223.

6.15am: Saya tiba di pintu 223. Saya kemaskan barang saya elok-elok. Kedua-dua beg saya bawa. Tak masukkan ke dalam ruang bagasi.

Tak lama kemudian kami dipanggil masuk. Saya masuk dan terlihat ada telefon awam di dalamnya. Saya duduk di kerusi yang paling hampir dengan telefon. Apabila penumpang dijemput masuk ke pesawat, saya telefon kawan saya untuk ucapkan terima kasih dan selamat tinggal.

Saya mengambil tempat saya di 50C. Lupa untuk saya minta tempat duduk bersebelahan tingkap. Saya menaiki Boeing 777. Besar. Susunan kerusinya 3-5-3.

Tiba-tiba kapten memberi pengumuman bahawa kami akan terlewat kerana masalah dengan penumpang lain dan masalah bagasi.

8.45am: Kami berlepas. Tak lama kemudian kami dihidangkan dengan sarapan. Telur hancur, sosej ayam dan sandwich ayam belanda. Tehnya rasa agak pelik. Alhamdulillah, saya tak perlu runsing pasal makan lagi kerana saya sudah kenyang.

11.00am: Kami tiba di Lapangan Terbang Heathrow. Setibanya di sana saya mencuba telefon saya. Alhamdulillah! Sudah boleh hantar sms. Saya hantarkan sms kepada A.tohir dan Adam yang tolong belikan tiket bas dari Heathrow ke Leeds.

Alhamdulillah, semua urusan lancar. Tak banyak soal seperti di Istanbul. Sebaik saja keluar dari lapangan terbang, saya terus cari stesen bas. Tak jauh sangat. Cuma perlu bertanya beberapa orang dan sampai. Saya cuba telefon Adam dengan menggunakan telefon awam. Bimbang dia tunggu saya di lapangan terbang sedang saya sudah di stesen bas. Dia memohon maaf kerana tak sempat datang.

Saya tanyakan tempat solat. Katanya di Terminal 3. Teringat novel yang mesti kami baca ketika sekolah menengah dulu. Judulnya Terminal 3.

Terminal 3 adalah tempat saya keluar dari lapangan terbang tadi. Maknanya, saya berpatah balik. Ruang solat ada di tingkat satu. Ia adalah ruang solat untuk semua agama. Ada kitab suci semua agama. Sejadah disediakan, ruang wudhu' ada dan ditunjukkan juga arah kiblat.

Apabila masuk waktu Zohor, kami solat. Ramai juga yang berjemaah. Diimami lelaki berketurunan Pakistan yang bekerja di situ.

Selesai solat saya bergegas ke stesen bas. Separuh berlari. Saya diingatkan tentang ketepatan waktu pengangkutan awam di sini. Lambat, tinggal. Mujur bas belum sampai. Bas nombor 240. Ketika menunggu saya bertemu Saeed. Orang Turki yang sudah tujuh tahun tinggal di UK. Kami menaiki pesawat yang sama. Kali ini kami akan naik bas yang sama. Alhamdulillah, ada kawan.

2.00pm: Kami bertolak. Saeed ambil tempat duduk paling belakang. Dia ingin tidur katanya. Saya ikut duduk di belakang. Penumpang tak ramai. Lebih kurang separuh bas. Saya perlu melalui beberapa hentian sebelum tiba di Leeds.

Di pertengahan jalan, bas berhenti di satu hentian dan berkata akan berada di situ selama 15 minit. Saya ambil peluang untuk beli makanan kerana perut sudah lapar. Saya lihat ada seorang muslimah bertudung sedang membeli sandwich. Saya sapa dan tanyakan padanya, "Makanan di sini halal?" Sambil tangan tunjuk pada sandwich yang tersusun rapi. Di tangannya ada sebekas sandwich yang ingin dia beli.

"No."

Aik, yang kamu beli tu ape? Dia tunjukkan sandwich daging semua tak halal. Yang boleh makan sandwich tuna dan keju. Oh.

Saya ambil sandwich tuna dan air mineral. Harap semuanya halal.

7.30pm: Saya tiba di Leeds. Saya hantar sms ke A.tohir untuk maklumkan yang saya sudah sampai.

Saya tunggu di stesen bas dengan hati yang teruja. Bagaimanakah khabarnya kamu semua?

Ulasan

  1. saya khabar baik. Waaah.. makin bagus ye penulisan awak nih. dah macam baca novel dah.

    Salam Ramadhan untuk Ramadhan..!

    BalasPadam
  2. alhamdulillah~ syukur semua lepas =)

    BalasPadam
  3. @Queen Lyana: Ramadhan yang sama, natijah yang berbeza. Gaya cerpen pun tak lepas lagi. Belum sampai tahap novel.

    @Balqissy: Alhamdulillah...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Hari yang memenatkan

Memudahkan yang rumit