Masjid Rahman

Tambang bas dari Kaherah ke Nuweiba' sebanyak LE60 (RM40).

Saya masih terpinga-pinga dengan kenyataan penjual tiket. Tiket habis? Saya tanyakan padanya jadual perjalanan kapal. Dia jawab dengan tidak mesra, "Kapal laju esok. Kapal biasa malam ini kemungkinan ada. Jam 10.00 malam. Datang ke sini jam 8.00 malam."

Saya tanyakan masjid di mana. Menunggu lima jam tak adalah susah sangat. Sedang saya berjalan ke masjid, ternampak kedai makan. Nak makan apa duit ada LE5 (RM3) saja? Namun tetap saya gagahkan juga kaki ke kedai makan dan tanyakan harga makanan di situ.

Saya memilih tojin makronah. Harganya LE3 (RM2). Saya dihidangkan dengan pasta yang digaul dengan daging dan tumisan bawang, sup kosong berperisa lembu yang pekat dan jeruk sayur. Jeruk saya tak sentuh langsung. Bimbang sakit perut.

Selesai makan, saya berjalan ke masjid berhampiran. Masjid Rahman. Ada beberapa orang sedang tidur di sana. Cuak juga nak tinggalkan barang sementara ambil wudhu'. Namun apakan daya, hanya sangka baik yang boleh menenangkan hati saya sekarang ini.

Selesai solat, kami berkenalan. Mereka adalah warganegara Mesir yang pulang bercuti. Mereka kerja di Doha. Berehat sekejap sebelum merentasi Semenanjung Sinai. Tak lama kemudian mereka berlalu pergi dan tinggalkan saya sendirian di masjid itu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rukun Islam dan rukun Iman

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Cara meninggalkan komen di blog