Hotel Hepton
8 Ogos 2009
4.30pm: Azan Asar berkumandang bersahut-sahutan. Ingatkan ada sebuah saja masjid di sini. Di kawasan pedalaman macam ini pun ada banyak masjid. Saya teruskan tidur sedang orang solat berjemaah. Saya sudah jama' tadi.
Apabila waktu mendekati Maghrib, saya masuk ke masjid dan penuhkan botol air saya yang semakin kosong.
Saya menuju ke kaunter tiket. Cadangnya nak beli tiket dulu, selepas itu baru solat.
7.30pm: Azan Maghrib berkumandang. Bila tengok pada kaunter tiket, nampak tiada harapan ia akan buka tepat jam 8.00 malam. Maka saya bergegas ke masjid dengan semua beg saya. Sempat berjemaah, namun masbuq.
Selesai solat, barulah saya dapat menunggu di kaunter dengan dada yang lapang. Beberapa orang mengerumuni kaunter. Tiada istilah giliran di sini. Siapa cepat, dia dapat. Kalau lambat, terlepas.
9.00pm: Setelah beberapa siri soal jawab yang tidak berapa jelas, saya berjaya dapatkan tiket kapal biasa dengan harga USD70 (RM245). Saya kehairanan kerana yang tertulis hanya USD60 (RM210). Adakah saya sudah kena tipu?
Tujuan saya ambil kapal biasa kerana untuk mencuba nasib menunggu kapal malam ini jam 10.00 malam. Katanya kemungkinan ada. Maka, saya bergegas ke pintu masuk pelabuhan dengan hati yang tak berhenti-henti berdoa.
Sampai di depan pintu, saya ditahan duf'ah. Katanya tak boleh masuk. Esok, jam 5.00 pagi. Saya akur dan mula mencari tempat untuk menginap. Hotel Hepton paling dekat dengan pelabuhan. Bukan Hilton. Hepton. Saya bayarkan USD10 (RM35) dan dia kembalikan LE10 (RM6.50). Alhamdulillah, saya ada sedikit lagi duit Mesir untuk berbelanja. Saya turun ke kedai dan beli minuman kegemaran saya; Sport Cola.
Mandi dan bersiap untuk tidur. Bilik hotel itu ada tiga katil untuk saya seorang. Namun biliknya panas walaupun sudah dipasang kipas. Saya tidur berhampiran pintu yang setentang dengan pelabuhan dengan sliding door yang terbuka agar angin masuk. Bateri kamera saya biarkan dicas.

Ulasan
Catat Ulasan