Dari Damsyiq ke Antakya
12 Ogos 2009
4.25pm: Azan Asar berkumandang. Saya sudah Solat Asar, terus ke cyber cafe. Saya perlu maklumkan kawan saya di Istanbul akan keberangkatan saya malam ini.
5.20pm: Saya pulang ke rumah Ubai. Pada mulanya saya ingin tidur saja petang itu. Tapi, rasa rugi pula tidak luangkan masa dengan kawan-kawan serumah Ubai. Saya ingin manfaatkan pertemuan kami yang singkat ini. Sebelum itu saya ada minta Ubai untuk hubungi Nu'man, jiran saya yang belajar di sini. Malangnya dia demam teruk dan dia tak boleh datang.
Kebetulan sekarang musim demam di sini. Tiba-tiba saya terasa suhu badan saya naik. Bimbang juga tak boleh masuk Turki sebab demam. Bahkan kerajaan Syria tidak benarkan masuk ke Lubnan kerana influenza A H1N1. Saya terus ambil dua biji kapsul habbatussauda yang saya bawa dari Mesir. Sememangnya jika saya terasa suhu badan berubah, saya akan ambil kapsul ini dan alhamdulillah, beberapa jam seterusnya semuanya kembali normal.
Saya balutkan tubuh saya dengan jaket agar berpeluh.
8.00pm: Azan Maghrib berkumandang. Saya solat di rumah sahaja kerana ingin bersiap-siap. Kami makan bersama-sama dalam dulang. Menu malam ini nasi dengan tomyam ayam. Mereka guna beras Thailand yang panjang dan gemuk. Saya beringat agar tak makan terlalu banyak agar tiada masalah dalam perjalanan nanti. Kawan-kawan serumah Ubai agak terkejut mendengar yang saya akan bergerak malam ini. Saya tak dapat ingat kesemua nama mereka, namun wajah mereka saya sematkan dalam ingatan saya.
9.00pm: Azan Isya' berkumandang. Ubai pulang dan kami bersedia untuk bergerak. Kami terpaksa menaiki teksi kerana waktu sudah terlalu sempit. Saya sepatutnya berada di stesen sebelum 10.00 malam. Saya teringat yang saya belum siapkan bekalan makanan. Saya sempatkan diri untuk beli roti dan air.
Kami menunggu teksi, tapi agak sukar untuk dapatkannya. Sama ada sudah ada penumpang atau sengaja tidak mahu berhenti.
Akhirnya, setelah menahan teksi dengan gaya yang agak agresif, ada teksi yang sudi berhenti. Teksi meluncur laju ke stesen bas.
9.45pm: Kami tiba di stesen bas. Saya bergegas masuk ke stesen. Tiba di kaunter tiket, saya disoal kenapa terlalu lambat. Mujur mereka tunggu. Selepas bersalaman dengan Ubai, saya dibawa pemandu bas menuju ke arah bas.
10.00pm: Polis masuk dan periksa pasport kami. Bas perlahan-lahan bergerak.
10.10pm: Tiba-tiba saya mendapat panggilan masuk dari Mesir. Sengaja saya tak angkat. Saya akan dicaj LE18 (RM12) seminit atas panggilan yang saya terima. Maka, saya pilih untuk tidak angkat. Kalau ada apa-apa urusan, sms saja. Setiap sms yang saya hantar akan dicaj LE2 (RM1.20). Agak mahal, tapi saya sudah sediakan kredit secukupnya untuk itu.
10.15pm: Seorang pemuda mengagihkan teh atau kopi kepada penumpang. Di sebelah saya, seorang pakcik yang boleh bertutur dalam Bahasa Arab. Saya tanyakan dia beberapa benda dalam Bahasa Turki seperti bardak (cawan), cay (teh) dan qac sa'ar? (berapa harga?).
Bas meluncur laju dan kami tak banyak bercakap.
13 Ogos 2009
2.00am: Kami tiba di sempadan. Saya dikehendaki membayar SP550 (RM38.50) sebagai cukai keluar Syria.
3.00am: Kami tiba di hentian seterusnya. Setiap penumpang dikehendaki beratur dan berdiri di hadapan kamera suhu. Alhamdulillah, tubuh saya sudah normal. Di depan sana, penumpang perlu keluarkan beg dan buka isinya untuk diperiksa pegawai keselamatan di sana.
Alhamdulillah, tiada masalah. Perjalanan diteruskan.
4.15am: Kami tiba di Antakya. Saya akan berada di sana untuk beberapa jam. Fahmi pernah ceritakan kepada saya bahawa semua tandas di Turki berbayar. Dari jauh saya nampak papan tanda Tovulet (tandas), Bay (lelaki) dan Bayan (perempuan). Bayarannya TL0.75 (RM1.50). Mujur tempat wudhu' dipisahkan. Tak perlu bayar. Saya tunggu di surau untuk Solat Subuh. Selesai Solat Subuh saya ke kedai yang kebetulan buka untuk beli susu dan kad telefon. Ternyata telefon bimbit saya masih tak boleh menghantar sms sebagaimana di Syria. Saya perlukan alternatif.
Selesai minum, saya tidur di atas kerusi besi yang tersusun rapi di ruang legar stesen.
6.30am: Saya bangun dari tidur dengan belakang yang sakit. Mungkin sebab kerusi itu sejuk dan saya tidur tanpa alas. Saya ternampak papan tanda Internet. Ini sudah bagus!
Saya naik ke cafe dan tanyakan tentang Internet. Katanya tiada talian sebab kerja-kerja pembangunan sedang dijalankan. Oh. Saya kembali berlegar-legar. Saya tidur kembali tapi kali ini saya alaskan jaket saya.
9.15am: Saya beranikan diri untuk berbual dengan pemuda Turki yang kebetulan duduk hampir dengan tempat saya tidur. Saya belajar darinya beberapa perkataan Turki seperti ben (saya) dan sen (awak). Kemudian saya telefon kawan saya untuk mengesahkan kedudukan saya sekarang.
10.25am: Bas saya akan bertolak pada jam 11.00 pagi. Saya tunggu lebih awal di pintu berlepas. Di sebelah saya seorang lelaki yang bernama Turgay yang ingin ke Syria. Dengannya saya belajar lagi Bahasa Turki seperti tesyekur ederim (terima kasih banyak-banyak) dan gule-gule (bye bye).
11.00am: Bas tiba dan saya ambil tempat duduk saya. Kebetulan yang duduk sebelah saya Husin, seorang guru agama di sekolah rendah. Dia sangat berminat untuk berlatih Bahasa Arab dengan saya. Saya pula berminat untuk belajar Bahasa Turki dengannya.
Terima kasih ya Allah atas kebetulan yang menarik ini!

Ulasan
Catat Ulasan