Langkau ke kandungan utama

Pemeriksaan pasport

10.50 am: Bas berhenti seketika di sebuah restoran di tengah-tengah padang pasir. Dalam poket saya hanya ada LE5 (bersamaan RM3). Selainnya dalam matawang Dolar Amerika dan Ringgit Malaysia. Maka, saya tak perlu berbelanja di sini. Makan saja apa yang sudah dibawa.

Saya catatkan semua yang berlaku agar tidak lupa. Saya tuliskan juga dengan ringkas cadangan perjalanan yang akan saya tempuhi. Dalam masa yang sama saya hantar sms kepada keluarga dan kawan-kawan yang menunggu di destinasi yang dituju.

Bas bergerak lagi. Kali ini kami dihidangkan dengan dua filem Mesir. Saya hanya ada dua pilihan; tengok atau tidur.

12.50 pm: Kami tiba di Taba. Satu bandar kecil yang cantik di Semenanjung Sinai. Pantainya membiru. Sesuai untuk berkelah. Air lautnya tenang. Agak jauh dari pantai ada sebuah pulau yang didirikan di situ sebuah kubu pertahanan oleh Salehuddin Al-Ayubi -- pahlawan Islam yang berjaya menawan kembali Palestin dari tangan tentera Salib. Kubunya berselerakkan di tanah-tanah Arab. Kubu yang pernah saya lawati sebelum ini terletak di Kaherah dan Iskandariah. Kedua-duanya gah dan ada peranannya yang tersendiri.

Beberapa orang polis tanpa seragam masuk ke dalam bas dan meminta pasport untuk diperiksa. Tersemat rapi di sisi kanannya sepucuk pistol. Dari jauh kedengaran suara azan berkumandang. Sudah masuk waktu Zohor.

2.15 pm: Bas bergerak dan berhenti sekali lagi untuk diperiksa pasport buat kali yang seterusnya. Beberapa orang penumpang turun di Taba. 15 minit kemudian kami sampai di Pelabuhan Nuweiba'. Selesai mengambil beg, saya terus menuju ke kaunter tiket untuk merentasi Teluk Aqabah dan melintasi sempadan Mesir-Jordan.

"Ta'al bukrah (datang esok)," kata penjual tiket.

Berita buruk. Tiket habis!

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rukun Islam dan rukun Iman

5 RUKUN ISLAM

1. Mengucap dua kalimah syahadah.
2. Mendirikan solat.
3. Menunaikan zakat.
4. Berpuasa di bulan Ramadhan.
5. Menunaikan haji di Mekah bagi yang mampu.

6 RUKUN IMAN

1. Beriman dengan Allah subhanahu wa taala.
2. Beriman dengan para malaikat.
3. Beriman dengan kitab-kitab suci.
4. Beriman dengan para Rasul.
5. Beriman dengan Hari Akhirat.
6. Beriman dengan Qada' dan Qadar.

Menentang kemungkaran itu kewajipan setiap muslim

Image via Wikipedia
1. Menentang kemungkaran dan melawan golongan yang sesat itu wajib secara ijma'.

2. Peringkat mencegah kemungkaran:

i) Tangan - Fardhu kifayah jika ramai yang tahu, fardhu ain jika tiada orang lain yang tahu.
ii) Lisan - Fardhu kifayah jika ramai yang tahu, fardhu ain jika tiada orang lain yang tahu.
iii) Hati - Fardhu ain, kerana membenci perkara maksiat itu wajib bagi setiap muslim. Manakala redha dengan maksiat itu dosa besar.

3. Harus tinggalkan menentang kemungkaran dengan tangan dan lisan bila yakin akan ditimpa kesusahan jika melakukannya dan dia tidak mampu untuk menanggung kesusahan itu.

4. Akibat meninggalkan perbuatan mencegah kemungkaran:

i) Tersebarnya kejahatan di dunia.
ii) Berleluasa maksiat dan perbuatan keji.
iii) Bertambah ramai orang jahat.
iv) Orang jahat akan menguasai orang baik.
v) Orang baik tidak mampu melawan orang jahat.
vi) Luput sifat-sifat kemuliaan.
vii) Berleluasa sifat-sifat keji.
viii) Ketika itu, semua manusia berhak untuk dimurk…

5 rukun khutbah Jumaat

Solat Jumaat fardhu ain ke atas muslim yang lelaki, merdeka, bermukim tanpa keuzuran yang dibenarkan syara' seperti sakit atau hujan.

Antara syarat solat Jumaat ialah dua khutbah.

Rukun-rukun khutbah Jumaat:

1. Puji-pujian kepada Allah subhanahu wa taala.
2. Selawat ke atas Nabi sallallahu alaihi wasallam.
3. Berpesan supaya bertaqwa.
4. Membaca ayat dari Al-Quran pada salah satu dari kedua-dua khutbah.
5. Doa kepada orang-orang mu'min pada khutbah kedua.

Wajib khatib berkhutbah dalam keadaan berdiri, suci dari hadas, menutup aurat dan wajib duduk antara dua khutbah dengan kadar lebih dari toma'ninah dalam solat dan tidak senggang masa terlalu lama antara dua khutbah.

Solat jemaah dan solat jenazah itu fardhu kifayah.

Solat hari raya, solat gerhana dan solat witir itu sunat muakkad. Begitu juga dengan solat sebelum dan selepas solat fardhu.

Solat dhuha dan tarawih itu sunat yang banyak kelebihan padanya dan ganjarannya sangat besar.