Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2010

Jadual peperiksaan

Untuk mahasiswa tahun empat, Syariah Islamiyyah, Universiti Al-Azhar, Kaherah sesi 2010/11.

8/1 - Tafsir Ayat Al-Ahkam
11/1 - English
15/1 - Lughah Arabiyyah (Adab dan Balaghah)
18/1 - Qa'ah Bahas (Qawaid Fiqhiyyah)
22/1 - Qawaid Fiqhiyyah

Doakan kejayaan kami semua.

اللهم اجعلنا من الناجحين

Kronologi peristiwa sepanjang 2010

Berubah untuk mengubah

Aku ingin berubah
Tetap akan berubah
Mengubah untuk perubahan
Yang mengubahkan kejadian

Ubahlah
Kerana ia sungguh mudah
Yang sukarnya adalah istiqamah
Kerana itu adalah karamah

Berteman biar benar-benar jujur
Bukan kerana duit, atau akupuntur
Tapi untuk saling menegur
Dengan suara yang tidak inginkan masyhur


Ramadhan Awang
April 2008

Mimpi

Ia datang dalam bentuk yang pelbagai. Dan meninggalkan kesan yang pelbagai.

Ada sesetengah mimpi boleh diabaikan. Sebahagian yang lain boleh digunakan untuk memberi kekuatan dalam meneruskan hidup.

Tapi harus sentiasa positif dalam mentafsirkannya.

Moga ia sebenarnya menggambarkan keazaman saya yang kuat dan keinginan saya yang jujur. Moga Allah menggantikan apa yang saya telah terlepas dengan apa yang lebih baik.

Amiin.

Perjuangan dan perbincangan

Saya pernah mengikuti banyak sesi perbincangan. Atas pelbagai isu.

Antara sesi-sesi tersebut, ada perbincangan yang isunya adalah isu yang saya ingin perjuangkan. Ingin saya usahakan. Ingin saya jadikan ia kenyataan. Maka perbincangan tersebut berjalan sebagaimana yang diarahkan. Fikiran disatukan dan hasil dibentang.

Alhamdulillah, selesai.

Beberapa tempoh berlalu. Bila saya bentangkan apa yang telah saya buat, ia disambut dengan hambar. Seolah-olah ingin katakan pada saya, "Masa sudah berlalu. Tapi anda masih tersekat di sana."

Sesi perbincangan telah habis. Sepatutnya saya telah bergerak ke sesi perbincangan yang lain.

Ya, banyak lagi sesi-sesi perbincangan akan berlangsung selepas ini. Atas pelbagai isu. Tapi saya kurang senang dengan suasana ini. Seolah-olah kita hanya perjuangkan isu tersebut dalam sesi perbincangan sahaja. Di luar sesi, kita tetap seperti biasa.

Anda faham apa yang saya maksudkan? Boleh anda bantu saya? Bagaimanakah sepatutnya saya bertindakbalas terh…