Perjuangan dan perbincangan

Saya pernah mengikuti banyak sesi perbincangan. Atas pelbagai isu.

Antara sesi-sesi tersebut, ada perbincangan yang isunya adalah isu yang saya ingin perjuangkan. Ingin saya usahakan. Ingin saya jadikan ia kenyataan. Maka perbincangan tersebut berjalan sebagaimana yang diarahkan. Fikiran disatukan dan hasil dibentang.

Alhamdulillah, selesai.

Beberapa tempoh berlalu. Bila saya bentangkan apa yang telah saya buat, ia disambut dengan hambar. Seolah-olah ingin katakan pada saya, "Masa sudah berlalu. Tapi anda masih tersekat di sana."

Sesi perbincangan telah habis. Sepatutnya saya telah bergerak ke sesi perbincangan yang lain.

Ya, banyak lagi sesi-sesi perbincangan akan berlangsung selepas ini. Atas pelbagai isu. Tapi saya kurang senang dengan suasana ini. Seolah-olah kita hanya perjuangkan isu tersebut dalam sesi perbincangan sahaja. Di luar sesi, kita tetap seperti biasa.

Anda faham apa yang saya maksudkan? Boleh anda bantu saya? Bagaimanakah sepatutnya saya bertindakbalas terhadap situasi sebegini?

Ulasan

  1. setuju. setuju. seolah-olah kesedaran hanya datang waktu perbincangan. selepasnya, berbalik pada hidup normal. mengalami situasi serupa.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari yang memenatkan

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman