Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2009

Alhamdulillah, peperiksaan dah tamat!

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah. Selesai sudah peperiksaan saya.

Sebagaimana dalam filem dan drama, hero takkan dibiarkan terlepas dari kesusahan begitu sahaja. Kertas terakhir ini dimeriahkan dengan ujian kering poket dan demam selesema. Selesema boleh jadi berpunca dari beberapa faktor:

1. Tidur malam di tepi tingkap yang terbuka tanpa selimut.
2. Mandi terlalu kerap.
3. Minum air sejuk.

Antara langkah kawalan yang sering saya dinasihatkan:

1. Minum banyak air.
2. Makan Vitacid.
3. Makan zabadi (yogurt).
4. Makan pil Barakah.

Keluar saja dari dewan peperiksaan, saya hubungi Abe untuk dapatkan E-Voiz dan terus menuju ke cyber cafe. Akhirnya rindu tercurah juga setelah lama tidak telefon keluarga di Malaysia.

A.yed dan K.bae dari Johor menuju ke Kuala Lumpur. Jai kahwin dengan orang Muar. Yang lain semua di Padang Air. K.nor, A.tahir, K.gee, A.zul, K.wa, A.fili dan Kina. Serta anak saudara yang semakin ramai.

Baba dan Mama berebut nak bercakap dahulu. Mereka memang teruja nak denga…

Terima kasih, kawan!

Saya cuba untuk buat-buat biasa. Tak ada apa-apa yang istimewa. Bertenang.

Hingga saat ini (4.17pm), saya menerima 6 ucapan melalui pelbagai medium; Facebook, YM, SMS. 1 MMS dan paling mengesankan, 1 blog post. Sengaja saya jadualkan tulisan kali ini ke tengah malam. Supaya keaslian mesej dapat dirasa. Namun dalam masa yang sama saya dapat mencurahkan rasa saya di sini, sungguhpun sangat tidak selesa menulis dalam keadaan ramai sedang berlegar-legar di belakang.

Cukup. Pendahuluan terlalu panjang dan meleret.

Sengaja saya tak ingin besarkan hari ini. Bahkan hari ini sangat tidak produktif berbanding hari-hari sebelumnya. Saya ingin besarkan hari 2 Ramadhan setiap tahun kerana hari ini lebih mengingatkan saya tentang banyak perkara.

Tiada yang lebih bermakna di musim peperiksaan melainkan ketenangan hati dalam berusaha. Berusaha dalam suasana tidak tenang pada saya adalah sia-sia. Tidak berusaha juga tidak memberikan ketenangan. Berusaha dan tenang. Itu yang diharapkan.

Terima kasih ke…

Ustaz Mad Rubaie

Jika kelmarin (Jumaat) giliran Ustaz Norazam pulang ke Malaysia, hari ini (Sabtu) Ustaz Mad Rubaie (bukan ejaan sebenar) pula pulang ke Thailand.

Katanya sudah dua malam tak cukup tidur kerana lambat beli barang untuk dibawa pulang. InsyaAllah, dia akan kembali hujung tahun ini.

Peperiksaan semakin menghampir. Dalam suasana yang demikian mendesak masih sempat menghitung kawan-kawan yang pulang. Siapa lagi ya selepas ini?

Teringin untuk belajar Bahasa Arab? | Ikuti perkembangan blog ini dengan cepat dan mudah! | Nak kahwin, tapi tak cukup duit? | Jika anda serius untuk menjaga kesihatan. | Saya perlukan undian anda!

Ustaz Norazam Zakarai

Saya sangkakan malam tadi. Rupa-rupanya sebelum Jumaat.

Selamat jalan buat Ustaz Norazam Zakarai. Teman sebilik ketika mula-mula sampai. Ketika kami bersama, akan wujud attitude yang luar biasa. Gelak ketawa sepanjang hari. Tapi tak menghalang diri dari berbincang soal yang serius.

Satu perkara yang dikagumi, biliknya tak lekang dari ceramah dan tazkirah. Sama ada Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Shamsuri atau Tok Guru Nik Aziz.

Selamat jalan buat Ustaz Norazam. Selamat berkhidmat. Doakan kami di sini berjaya dengan selamat!

Teringin untuk belajar Bahasa Arab? | Ikuti perkembangan blog ini dengan cepat dan mudah! | Nak kahwin, tapi tak cukup duit? | Jika anda serius untuk menjaga kesihatan. | Saya perlukan undian anda!

Warkah buat kawan yang gundah

Buat kawanku yang sedang gundah,

Saya cuba untuk memahami, tapi tak ingin lebih-lebih. Adakalanya diam lebih menyembuhkan dari menghamburkan kata-kata yang disangkakan dari hati. Saya tak pandai menyusun kata untuk menenangkan jiwamu, mungkin juga kamu tak mahu saya buat begitu. Tapi, saya tak mampu untuk diam setelah saya tahu.

Jika kamu mampu hadapi perkara ini sendirian, saya ucapkan tahniah. Tapi, jika kamu perlukan bantuan, saya ada di sini.

Memahami tidak menderitai. Betul, saya setuju.

Saya mungkin tak mampu untuk membantu. Tapi saya boleh mendengar. Saya mungkin tidak pandai mengulas. Tapi hati saya ada ruang untuk kamu.

Kamu pernah warnai jiwa saya ketika jiwa saya kering tanpa warna. Saya harap kamu beri peluang kepada saya untuk melakukan perkara yang sama.

Kawanmu,

Teringin untuk belajar Bahasa Arab? | Ikuti perkembangan blog ini dengan cepat dan mudah! | Nak kahwin, tapi tak cukup duit? | Jika anda serius untuk menjaga kesihatan. | Saya perlukan undian anda!

Muraqabah dan taqwa

Kepentingan muraqabah dan taqwa:
1. Perintah Allah Subhanahu wa Taala kepada hambaNya.
2. Wasiat para nabi kepada kaum mereka.
3. Merealisasi matlamat ibadat kepada Allah Subhanahu wa Taala.
4. Tempatnya di hati -- anggota yang paling penting.

Hasil muraqabah:
1. Pemurah
2. Mengingati mati
3. Amanah
4. Wara'

Kesan taqwa:
1. Disayangi Allah Subhanahu wa Taala.
2. Penyebab kepada pertolongan Allah Subhanahu wa Taala.
3. Dikurniakan cahaya hingga dapat membezakan antara yang benar dan yang salah.
4. Bebas dari belenggu dan dimudahkan urusan.
5. Ganjarannya syurga.
6. Sifat para wali Allah.
7. Kesudahan yang baik bagi orang bertaqwa di dunia dan akhirat.



Teringin untuk belajar Bahasa Arab? | Ikuti perkembangan blog ini dengan cepat dan mudah! | Nak kahwin, tapi tak cukup duit? | Jika anda serius untuk menjaga kesihatan. | Saya perlukan undian anda!

Laporan April 2009

10 artikel yang paling kerap dikunjungi sepanjang April 2009:
1. Doa lembutkan hati anak
2. Sebuah laptop sebuah cerita: Compaq Presario V3000
3. Laporan Mac 2009
4. Rukun Iman dan rukun Islam
5. Selamat pengantin baru buat kamu!
6. Kuiz April 2009
7. 10 faedah berzikir
8. 5 rukun khutbah Jumaat
9. 7 langkah untuk melukis komik
10. Laporan Ferbruari 2009

Saya jadikan musim peperiksaan sebagai alasan kenapa akhir-akhir ini saya jarang menulis. Segalanya normal, cuma terasa bersalah apabila menulis di blog sedangkan ada perkara lain yang sepatutnya lebih diutamakan. Terima kasih kepada yang terus mengunjungi blog yang sederhana ini.

10 blog yang menyumbang kunjungan tertinggi sepanjang April 2009:
1. Cucu Dagang[kekal]
2. Munauza At-Takiri[baru]
3. Pena Hafiy[+3]
4. Raqaiq[baru]
5. Usramedic[baru]
6. Azan Subuh Khamis[-1]
7. Cyids[baru]
8. Kembara Mursyid[-4]
9. Fakir Fikir[baru]
10. Jelajah Mesir[-7]

* Kepada pemilik blog yang tersenarai, anda boleh paparkan logo ini pada blog anda. Ter…