Terima kasih, kawan!
Saya cuba untuk buat-buat biasa. Tak ada apa-apa yang istimewa. Bertenang.
Hingga saat ini (4.17pm), saya menerima 6 ucapan melalui pelbagai medium; Facebook, YM, SMS. 1 MMS dan paling mengesankan, 1 blog post. Sengaja saya jadualkan tulisan kali ini ke tengah malam. Supaya keaslian mesej dapat dirasa. Namun dalam masa yang sama saya dapat mencurahkan rasa saya di sini, sungguhpun sangat tidak selesa menulis dalam keadaan ramai sedang berlegar-legar di belakang.
Cukup. Pendahuluan terlalu panjang dan meleret.
Sengaja saya tak ingin besarkan hari ini. Bahkan hari ini sangat tidak produktif berbanding hari-hari sebelumnya. Saya ingin besarkan hari 2 Ramadhan setiap tahun kerana hari ini lebih mengingatkan saya tentang banyak perkara.
Tiada yang lebih bermakna di musim peperiksaan melainkan ketenangan hati dalam berusaha. Berusaha dalam suasana tidak tenang pada saya adalah sia-sia. Tidak berusaha juga tidak memberikan ketenangan. Berusaha dan tenang. Itu yang diharapkan.
Terima kasih kepada semua yang selalu buat saya terharu. Maaf, saya tak pandai untuk memberi ekspresi yang tepat. Sebetulnya, saya berterima kasih. Tetapi tidak ingin terlalu menzahirkan rasa tersebut kerana ada perkara lain yang penting yang saya fikirkan sekarang. Perkara yang akan mencorakkan banyak halatuju akan datang.
Setiap kali kawan-kawan buat sesuatu yang istimewa untuk saya, saya akan berasa takut. Saya tak selesa menerima tanpa memberi kembali. Namun saya tak pasti bagaimana untuk membalas dengan setimpal.
Thanks, and sorry for everything.
Teringin untuk belajar Bahasa Arab? | Ikuti perkembangan blog ini dengan cepat dan mudah! | Nak kahwin, tapi tak cukup duit? | Jika anda serius untuk menjaga kesihatan. | Saya perlukan undian anda!

sama-sama. hehehe kembar di hari lahir Masihi.
BalasPadam@Balqissy: Tarikh sama. Tahun beza :-)
BalasPadam