Alhamdulillah, peperiksaan dah tamat!

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah. Selesai sudah peperiksaan saya.

Sebagaimana dalam filem dan drama, hero takkan dibiarkan terlepas dari kesusahan begitu sahaja. Kertas terakhir ini dimeriahkan dengan ujian kering poket dan demam selesema. Selesema boleh jadi berpunca dari beberapa faktor:

1. Tidur malam di tepi tingkap yang terbuka tanpa selimut.
2. Mandi terlalu kerap.
3. Minum air sejuk.

Antara langkah kawalan yang sering saya dinasihatkan:

1. Minum banyak air.
2. Makan Vitacid.
3. Makan zabadi (yogurt).
4. Makan pil Barakah.

Keluar saja dari dewan peperiksaan, saya hubungi Abe untuk dapatkan E-Voiz dan terus menuju ke cyber cafe. Akhirnya rindu tercurah juga setelah lama tidak telefon keluarga di Malaysia.

A.yed dan K.bae dari Johor menuju ke Kuala Lumpur. Jai kahwin dengan orang Muar. Yang lain semua di Padang Air. K.nor, A.tahir, K.gee, A.zul, K.wa, A.fili dan Kina. Serta anak saudara yang semakin ramai.

Baba dan Mama berebut nak bercakap dahulu. Mereka memang teruja nak dengar berita tentang peperiksaan saya. Namun, maafkan K kerana terlalu jujur. Nak salutkan berita dengan hal yang manis-manis, takut orang Malaysia terlalu tinggi harapan. Maka jujur sajalah.

K.nor sekeluarga akan bertolak ke UK 5 Jun ini. Sedikit terlewat dari yang dirancangkan kerana banyak hal yang terpaksa diuruskan. K doakan agar segalanya lancar.

Ibah dapat tawaran masuk ke Matrikulasi UIA. Alhamdulillah.

Akhirnya, dapat juga saya lepaskan gian saya untuk terus menulis di blog ini. Jangan lupa, esok ada Anugerah Buku Nota. Malam ini saya bercadang untuk mula baiki laptop Ustaz Pit yang dijadualkan pulang malam esok.

Saya juga sudah kemaskini semula template blog ini yang dikatakan serabut.

Terima kasih kepada semua yang memberi sokongan dan doa sepanjang tempoh peperiksaan yang lalu. Semoga kita tetap tersenyum pada hari keputusan keluar nanti. Harap-harapnyalah.

Wassalam.

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Hari yang memenatkan

Memudahkan yang rumit