Ramadhan dan Jumaat di Leeds

21 Ogos 2009

Saya berterawih, bersahur dan Solat Subuh, kemudian tidur.

9.00am: Bangun dari tidur saya layari Internet dan bersiap untuk Solat Jumaat. Pada mulanya saya dan A.tohir bercadang untuk berjalan. Menurut K.nor agak jauh. Tiba-tiba hujan turun renyai-renyai. Kami batalkan hasrat untuk berjalan. Dengan kereta, A.tohir letakkan kereta berhampiran tempat dia belajar dan kami berjalan meredah hujan renyai-renyai ke masjid. Seketika kami berhenti kerana hujan agak lebat.

Masuk ke masjid, khutbah sudah dimulakan. Sangka saya khutbah dalam Bahasa Inggeris. Rupa-rupanya dalam Bahasa Arab. Bahasa yang khatib gunakan sangat lancar dan mudah difahami. Mengikut gaya khutbah, saya menjangkakan khatib dari Mesir, tapi bahasa yang digunakan sangat baku membuatkan saya sangsi dengan tanggapan pertama saya.

Khatib menjelaskan perihal Ramadhan. Kebetulan hari pertama Ramadhan di Leeds ini hari Jumaat. Jemaah diingatkan tentang kelebihan Ramadhan dan ibadah yang disarankan diamalkan dalam bulan yang mulia ini. Selesai doa, khutbah diterjemahkan dalam Bahasa Inggeris. Selesai terjemahan barulah kami mengangkat takbir. Alhamdulillah, dapat juga saya menimba pengalaman Solat Jumaat di Leeds.

Sebelum pulang, kami singgah di tempat A.tohir belajar. Hasrat di hati ingin print tiket kapal terbang kerana ada perkara yang diubah. Kebetulan printer rosak. Kami pulang ke rumah.

3.00pm: Setibanya di rumah, saya ceritakan pengalaman saya buat roti canai di Mesir. Pertama kali menjadi. Kali kedua tidak. K.nor tak kisah jika saya ingin cuba sekali lagi. Maka saya uli tepung gandum dengan air dan sedikit garam, sesuai dengan resepi yang saya pelajari di Mesir. Selesai menguli, saya menonton TV kerana doh roti canai perlu diperap dalam minyak masak untuk beberapa ketika. Dalam masa yang sama, K.nor mula membungkus barang-barang yang akan saya bawa pulang.

7.00pm: Doh roti canai ditebar. Dalam masa yang sama, K.nor masak nasi beriyani. Selesai menebar, masa untuk menggoreng roti tersebut. Seperti yang sebelum ini, roti ini tidak seperti yang diharapkan. Saya tertanya-tanya di manakah silapnya?

Ada sesiapa yang tahu cara yang sebetulnya untuk buat adunan roti canai? Sila tinggalkan komen anda. Terima kasih.

8.20pm: Tiada dentuman meriam di sini. Tiada juga azan kedengaran melainkan azan digital dari laptop. Azan berkumandang dan kami berbuka puasa. Saya tertidur kekenyangan. Nasi beriyani K.nor memang sedap. Sambil makan tadi, kami berbual dan A.tohir katakan bahawa masjid yang kami solat siang tadi asalnya gereja. Gereja tak dikunjungi kerana pada hari Ahad, orang Kristian di sini lebih suka ke car boot sale. Maka, jemaah dari Iraq menukarkan gereja tersebut kepada masjid. Kemungkinan khatib hari ini khatib dari Iraq. Padanlah bahasanya bagus sekali.

Ulasan

  1. waah~ roti canai buatan sendiri. hebat! sekarang sedang belajar masak juga. heheh~ tapi, bukan roti canai. sekian ^.^

    BalasPadam
  2. @Balqissy: Masih dalam usaha memperbaiki resepi. Asyik tak jadi je...

    BalasPadam
  3. salam....sheikh,ade kat trg k?leh jumpa?0199543035...ni no ambe..

    BalasPadam
  4. @Phalla: Thanks. Happy to be your friend too.
    @Muhammad Hanafi: Waalaikumussalam. Wah, buat business sekarang? :-)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Hari yang memenatkan

Memudahkan yang rumit