Tips menghafaz Al-Quran
Antara kelebihan atau cabaran belajar di Al-Azhar ialah anda wajib menghafaz Al-Quran. Sudah tentu bukan kesemua 30 juzuk. Jika sebelum ini, silibus untuk hafazan Al-Quran ialah dua juzuk untuk setahun pengajian (bermakna lapan juzuk untuk empat tahun pengajian), tetapi ada ura-ura mengatakan bermula tahun ini, silibusnya diringankan kepada satu juzuk untuk setahun pengajian. Saya sendiri tidak pasti kepada siapa untuk dirujuk. Namun, rata-rata kawan-kawan membicarakan akan hal ini.
Lapan atau empat, tanpa kaedah yang betul, sudah tentu sukar untuk memulakan hafazan. Apatah lagi untuk mengekalkannya. Sebelum ini saya pernah mencar-cari tips untuk menghafaz Al-Quran melalui Google. Ternyata tiada yang memuaskan hati saya sehinggalah saya terbaca tulisan di blog Azan Subuh Khamis tentang Tips Menghafaz Al-Quran yang ringkas tetapi padat.
Alhamdulillah jika memberi manfaat...Didoakan agar semuanya kuat!
BalasPadamAmiin ya Rabb! :)
BalasPadam