Tetap hingga Ajal


Ath-Thabat hatta Al-Mamat, originally uploaded by rdhanz.

Saya memilih kutaib untuk dibaca secara rambang. Tidak kira apa tajuknya, yang pasti kesemua 13 judul itu akan saya habiskan sesegera yang mungkin. Barulah lapang dada untuk membelek kitab-kitab yang lebih besar.

"Ath-Thabat hatta Al-Mamat" atau "Tetap hingga Ajal" menjadi santapan akal saya sepanjang hari ini. Di samping saya selangi dengan bahan bacaan yang lain, sehelai demi sehelai cuba saya renungi akan maknanya.

Ustaz Amru Khalid berbicara tentang keteguhan prinsip seorang muslim dalam menghadapi suasana semasa. Juga dalam menghadapi situasi-situasi yang menguji keimanan. Kita sering berdepan dengan masalah futur dan kelalaian. Bacaan ringan seperti ini memberi ruang untuk keteguhan kembali berada pada tempat yang sepatutnya dalam jiwa kita.

"Telah memberi kesan kejadian seorang wanita Amerika yang telah pergi ke Palestin, dan di sana dia berdiri teguh di hadapan jentolak milik Israel yang ingin meruntuhkan rumah warga Palestin, sedangkan dia bukanlah seorang muslimah. Melainkan dia berbuat demikian kerana dia melihat bahawa ini adalah kebenaran yang wajib dipertahankan dengan teguh. Maka adalah menjadi hak kepada warga Palestin untuk memerintah bumi mereka dan mengeluarkan Yahudi yang merupakan musuh mereka yang telah merampas tanah mereka dari milik umum yang sepatutnya berada di bawah undang-undang yang adil dan prihatin -- jika masih ada adil dan prihatin. Maka atas yang demikian wanita ini teguh berdiri di hadapan jentolak itu.

Wanita itu menemui ajalnya dalam usahanya untuk mencegah. Tetapi dia menjadi hujah atas semua muslimin dengan keteguhannya atas kebenaran dan usahanya untuk mempertahankan kebenaran."

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Hari yang memenatkan

Memudahkan yang rumit