Medium dakwah
Sering kali bila berpapasan dengan billboard, terdetik di hati, alangkah baiknya jika ruang sebesar dan secantik ini digunakan untuk menyampaikan mesej ketuhanan. Mesej yang membuat orang tertanya-tanya akan erti hidup, tentang agama, tentang ibadah...
Apatah lagi bila melihat iklan-iklan kreatif badan-badan yang tidak bermaksud keuntungan dan politik. Alangkah indahnya jika iklan-iklan dakwah diolah dengan indah dan dipaparkan kepada umum sedemikian rupa. Terasa sejuk di hati sungguhpun hanya sekadar melihat, tidak melibatkan diri secara langsung.
Kini, apa yang dikhayalkan sudah menjadi kenyataan. Cuma, ia berlaku di Amerika Syarikat, bukan di negara kita Malaysia. Blog Al-Aman melaporkan secara terperinci tentang kisah ini. Moga ia menjadi inspirasi kepada kader-kader dakwah Malaysia untuk mula merangka sesuatu yang sehebat ini!
Ulasan
Catat Ulasan