Serangga dan pencegahannya


Racun pijat, originally uploaded by rdhanz.

Berikut adalah serangga-serangga yang wujud di Mesir ini dan langkah-langkah pencegahannya.

Lalat: Bayang pada musim sejuk dan makin banyak pada musim panas. Suka bermain-main dekat mata dan bibir manusia. Sangat menganggu jika tidur tanpa menutup muka dengan selimut. Untuk mencegahnya, tutup muka dengan selimut atau tuala ketika tidur. Hati-hati, jangan sampai lemas. Untuk waktu selainnya, gunakan penebas lalat. Amat berkesan. Pegang pun dah lari.

Lipas: Rumah ini pernah mengalami masalah lipas baru-baru ini. Puncanya sisa-sisa makanan di dapur yang tidak diselia dengan baik. Mujur F mengambil inisiatif untuk membuat operasi membunuh lipas dengan menggunakan aerosol pembunuh serangga.

Pijat: Atau nama Inggerisnya bedbug. Serangga parasit ini cepat membiak. Periksa bucu-bucu katil anda. Sekiranya ada kotoran-kotoran hitam yang tidak dikenalpasti, itulah kesan-kesan yang ditinggalkan pijat. Sangat menjengkelkan ketika melihat ia sudah kenyang menghisap darah kita. Terdiri daripada pelbagai saiz. Bermula dari sekecil biji gula yang dikerat empat, hinggalah sebesar ikon Yahoo Messenger di icon tray bersebelahan dengan jam komputer. Untuk menghapuskannya, kami telah menemui formula yang berkesan iaitu larutan air dan pencuci pinggan atau air dan sabun untuk membasuh baju. Tuangkan larutan ini ke dalam botol spray dan semburkan pada mana-mana pijat atau sarang pijat. Anda akan dapat lihat kesannya serta-merta!

Ulasan

  1. bgus ke idea mhapuskan pijat tu?

    BalasPadam
  2. Setakat ini OK la. Alternatif kepada racun serangga.

    BalasPadam
  3. saya ade masalah pijat ni. serius ke boleh hilang?

    BalasPadam
  4. Kena buat operasi berkala. Seminggu sekali kena sembur semua tempat. InsyaAllah, khair.

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum, letak bunga tahi ayam di penjuru bilik/kediaman anda untuk halau pijat. Insyaallah berkesan. Lihat hasil dalam sehari dua. Selamat mencuba.

    BalasPadam
  6. Serius ni...aku laki bini dah nak gila dgn binatang ni..sumpah geram tahap gaban ni..ridsec dah jemur dah ...tinggal nak buang barang je ni

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Hari yang memenatkan

Memudahkan yang rumit