Wasoya Al-Aba' li Al-Abna'
Bagi memulakan pembacaan kitab Arab, saya memilih kitab yang kecil dan nipis supaya cepat dihabiskan. Sungguh, berniat untuk menghabiskan cepat satu-satu kitab tidak membantu pemahaman. Tapi, ini adalah untuk mencari momentum untuk mulakan budaya membaca. Maka, langkah-langkah awal sangatlah penting.
Kitab ini berjudul Wasoya Al-Aba' li Al-Abna' aw Ad-Durus Al-Awwaliyyah fi Al-Akhlaq Al-Mardhiyyah (Wasiat Ayah-Ayah kepada Anak-Anak atau Pelajaran Permulaan pada Akhlak yang Terpuji) karangan Asy-Syeikh Muhammad Syakir (1282H - 1358H), Mantan Syeikh Ulama Iskandariah. Kitab ini ditahqiq oleh Syeikh Abdul Qadir Al-Arna'uut terbitan Maktabah Al-Maarif li An-Nasyri wa At-Tawzi', Riyadh.
Kitab ini saya beli ketika di Yaman, sebelum bertolak untuk keluar dari Tarim ke Dau'an bersama rakan-rakan daurah. Saya sudah menjangka perjalanan itu tentunya lama dan membosankan, maka saya memilih kitab ini sebagai teman.
Sekilas tentang buku ini, ia menerangkan tentang adab penuntut ilmu dengan bahasa yang memujuk. Membaca kitab ini seakan-akan membaca surat seorang ayah kepada anaknya. Bahasanya lembut, pemilihan katanya tidak terlalu sukar dan nasihatnya jelas. Ia terbahagi kepada 20 tajuk dengan hanya 77 muka surat yang pada hemat saya perlu diulang baca dari semasa ke semasa.
Antara petikan yang menarik: "Wahai anakku,setiap manusia suka jika kedudukannya tinggi, disukai Allah dan manusia dan berharap kedudukannya mengatasi segala kedudukan. Tetapi seorang bapa suka jika pangkat anaknya lebih tinggi darinya dan lebih besar kedudukan anaknya berbanding dirinya. Maka bagaimanakah caranya kamu bergaul dengan orang yang mengutamakan kamu atas diri mereka sendiri dan mengharapkan bagimu lebih daripada apa yang diharapkan bagi dirinya?" -- Pelajaran 4: Pada hak-hak kedua ibubapa.
saya senang dengan ilmu yang ada pada blog anda dan sangat informatif
BalasPadam@Imaryn: Terima kasih kerana sudi ziarah.
BalasPadambagaimana profil dari syaikh muhammad syakir?
BalasPadam