Betapa


Saya tersenyum sendirian bila melihat video anak kecil sedang belajar mengaji dalam blog Anasxz. Pertama, betapa bersungguh dan sabarnya si ibu mengajar (walaupun nampak agak garang...). Kedua, betapa mudahnya si kecil jemu mengulang perkara yang sama.

Tapi, bermula dari permulaan yang kerdil inilah, si anak boleh membaca Al-Quran sendirian. Bahkan ada yang menghafaz 30 juzuk kesemuanya. Bahkan ada yang menambah ilmu qiraat dalam dada. Bertalaqqi dengan pelbagai guru semata-mata untuk memastikan bahawa sebutannya adalah sebutan yang paling tepat.

Belajar mengaji mengingatkan saya kepada ayah saya. Saya tak pernah dimarahnya melainkan bila melibatkan solat dan mengaji. Bahkan hingga kini tidak pernah saya dipukulnya. Paling teruk pun acah-acah je... Itupun dah meraung habis... :D

Satu perkara yang saya pada mulanya tak puas hati ialah ketegasannya dalam mengajar Al-Quran. Beria-ia dia membetulkan sebutan bacaan saya supaya kena dengan apa yang dia mahu. Pada saya, biarlah saya baca ikut kemampuan saya... Tak mampu nak buat macam mana...?

Tapi, akhirnya kebenaran berpihak padanya. Selesai saja khatam, tanggungjawab untuk meneruskan bacaan diserahkan 100% pada diri sendiri. Tanpa paksaan, sudah tentu tak baca. Tapi, alhamdulillah, atas ketegasannya dalam membetulkan sebutan semasa kanak-kanak lagi, manfaatnya saya peroleh hari ini dan selamanya. Sungguhpun masih ada banyak ruang untuk dibaiki, tapi bukanlah kesilapan-kesilapan major.

Terima kasih, Baba.

Dalam masa yang sama, banyak kenangan-kenangan lain yang melintasi benak fikiran. Antaranya, seorang kawan yang mencemburui saya kerana dia masih belum pandai mengaji. Katanya, kalau dia sudah pandai mengaji dia akan hafal semua surah. Saya pada waktu itu terkebil-kebil melihat semangatnya yang tinggi sedang saya tidak ada azam sebesar itu.

Susahnya belajar membaca, tapi bila sudah pandai tak membaca pula. Susahnya belajar mengaji, tapi bila sudah pandai tak mengaji juga. Susahnya belajar bahasa Arab, tapi bila dah faham sikit-sikit tak nak berjinak-jinak baca buku Arab. Bayangkan orang yang tak pernah kenal huruf-huruf hijaiyyah, tentu pada masa itu keadaan mereka sama seperti melihat corak abstrak di dinding!

Provok sikit pagi-pagi ni. Biar cergas sikit!
Reblog this post [with Zemanta]

Ulasan

  1. salam..
    erm.. mmg tergelak tengok bebudak tu ngaji.. tp nak gak sedih sbb sama budak dulu dan skang, ngaji ja mesti bersedih..

    BalasPadam
  2. Bila ngaji je mesti sedih. Buat-buat feeling. Padahal nak berenti ngaji pergi tengok TV. Oh... zaman kanak-kanakku...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Hari yang memenatkan

Memudahkan yang rumit