Langkau ke kandungan utama

Sembang bisnes hingga larut malam

Image representing Blogger as depicted in Crun...Image via CrunchBase
Bincang tentang perniagaan hingga larut malam. Otak terasa tepu. Ia bermula dengan kaki yang berpijak di bumi yang nyata melompat, kemudian terbang ke alam khayalan dan kemudian diakhiri berpijak semula ke alam nyata. Inilah yang dinamakan percambahan idea atau brainstorming.


Perkara-perkara yang diperkenalkan ialah asas kepada laman web dan blog. Bagaimana ia berfungsi sebagai tapak yang boleh dilihat sebagai rumah atau kedai -- sesuai dengan untuk apa digunakan laman web tersebut.

Isu-isu teknikal yang berbangkit ialah kaedah menerima bayaran dan membuat pembayaran. Isu ini lebih rumit apabila anda adalah seorang pelajar Malaysia yang belajar di Mesir. Malaysia memang banyak kemudahan, tetapi kami di Mesir. Di Mesir barangkali ada kemudahan, tapi kami rakyat Malaysia. Oh, kami dalam dilema...

Kemudian, idea bercambah-cambah, membuat saya meluahkan apa saja yang terlintas dibenak. Blogging, Vlog, slideshow, After Effect, Photoshop, shopping cart, HTML, Flash... Oh, banyaknya...

Semoga berjaya buat yang bertanya. Saya cuma berkongsi apa yang ada. Tolong-tolong sikit-sikit tu, insyaAllah, boleh la...

* Hari ini saya bantu kawan saya setup blog di Blogger (Blogspot). Jika ada sesiapa yang perlukan bantuan serba sedikit, boleh hubungi saya (ruang komen, ruang sembang, Yahoo Messenger, e-mel, telefon, dll). InsyaAllah, kalau saya boleh bantu, saya bantu.
Reblog this post [with Zemanta]

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rukun Islam dan rukun Iman

5 RUKUN ISLAM

1. Mengucap dua kalimah syahadah.
2. Mendirikan solat.
3. Menunaikan zakat.
4. Berpuasa di bulan Ramadhan.
5. Menunaikan haji di Mekah bagi yang mampu.

6 RUKUN IMAN

1. Beriman dengan Allah subhanahu wa taala.
2. Beriman dengan para malaikat.
3. Beriman dengan kitab-kitab suci.
4. Beriman dengan para Rasul.
5. Beriman dengan Hari Akhirat.
6. Beriman dengan Qada' dan Qadar.

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Image by Cool Hossam !! via Flickr
3 jenis fi'il:
1. Madhi
2. Mudhari'
3. Amar

Fi'il madhi: Apa yang menunjukkan berlaku peristiwa pada masa lalu. Menerima ta' ta'nith sakinah (ta' fa'il).
Hukumnya: Mabni dengan baris atas.

حضرَ

Fi'il amar: Apa yang menunjukkan meminta sesuatu. Menerima ya' muanathah mukhotobah.
Hukumnya: Mabni dengan baris mati atau dengan buang huruf.

احضُر

Fi'il mudhari': Apa yang menunjukkan sesuatu yang sedang berlaku atau akan berlaku. Mesti didahului salah satu dari: alif, nun, ya' atau ta'.
Hukumnya:
1. Mabni:
i) Dengan baris atas: Jika bersambung dengan nun tawkid.
ii) Dengan baris mati: Jika bersambung dengan nun inath.

ليسجنَنَّ/ والوالدات يرضعْنَ

2. Mu'rab:
i) Rafa': Jika bebas dari sebab nasab dan jazam.

يحضرُ

ii) Nasab: Jika didahului dengan:
- Apa yang menasabkan dengan dirinya sendiri: an, lan, izan, kai.
- Apa yang menasabkan dengan 'an' yang tersembunyi: lam (kai), lam nafi, hatta, au, fa',…

Cerita tentang duit Mesir

Duit Mesir, originally uploaded by rdhanz. Apabila berada di negara orang, satu perkara yang tidak terlepas dari pengetahuan kita ialah tentang matawang negara tersebut. Sudah tentu, kerana ia digunakan setiap hari. Sejak berada di sini, mata saya lebih terbuka untuk meneliti dan memerhati nilai tukaran yang asing. Sesuatu yang tak pernah saya lakukan di Malaysia.

Hari ini, nilai RM1 bersamaan LE1.54. Pernah suatu masa dahulu ia stabil pada kedudukan RM1 = LE1.67. Tapi, saya lebih mudah menggunakan sifir RM1 = LE1.50. Mudah untuk mengira.

Matawang Mesir menggunakan nama Pound dan Piaster. Pound untuk Ringgit dan Piaster untuk Sen. Itu nama Inggerisnya. Manakala nama Arabnya ialah Junaih dan Qirsy, atau Genih dan Irsy (mengikut loghat tempatan).

Antara not-not wang kertas yang pernah saya lihat: LE200, LE100, LE50, LE20, LE10, LE5, LE1, LE0.50 dan LE0.25. Penggunaan wang kertas lebih meluas berbanding syiling. Oleh itu, tidak hairanlah jika setiap urusan pembelian akan digenapkan nilai sen…