Langkau ke kandungan utama

Laporan November 2008

Wordle Cloud of the Internet Marketing Blog - ...Image by DavidErickson via Flickr
Sebulan yang lalu saya memutuskan untuk memulakan semula blog ini. Pernah saya nyatakan dalam tulisan pertama saya bahawa kali pertama saya membuka blog ini adalah pada tahun 2006. Sebenarnya, November 2005 adalah waktu yang lebih tepat saya memulakan aktiviti blogging.


Salah satu impian blogger saya ialah untuk membuat statistik bulanan tentang blog saya. Jadi, bersempena tahun ketiga saya dalam dunia blog, sebulan sejak saya memulakan semula blog ini dan oleh kerana mata saya enggan untuk berehat, maka saya penuhkan impian saya dengan hati yang lapang.

Satu pertiga malam memang waktu yang hening dan bening.

Sepanjang November 2008, saya sudah menulis 70 artikel dalam pelbagai kategori yang saya labelkan sebagai Bisnes, Buku, Cetusan, Panduan dan Pilihan. Secara puratanya saya hantar dua tulisan sehari pada blog ini. Satu perkara yang agak mengejutkan, tetapi mengikut pengalaman saya, perkara ini biasa berlaku bagi blog-blog baru. Kita boleh lihat apa yang akan berlaku dalam bulan-bulan akan datang. Adakah saya mampu mengekalkan 70 artikel sebulan?



Daripada 70 tulisan tersebut, selain muka hadapan (http://rdhanz.blogspot.com), sepuluh tulisan yang paling kerap dikunjungi ialah:
1. Sekolah-sekolahku
2. Rumah Sewa 700
3. Dari Asyir ke Darasah
4. Cita-cita dan harapan
5. Doa lembutkan hati anak
6. Sila bawa pasport untuk ke mana-mana!
7. Pusing-pusing jalan-jalan
8. Tips menghafaz Al-Quran
9. Cinta beralih arah
10. Serangga dan pencegahannya

Daripada 10 tulisan ini pula, empat daripadanya adalah kesan saya mempromosikannya pada status Yahoo Messenger saya. Selebihnya datang dari Google, Yahoo dan blog rakan-rakan saya. Berikut adalah sepuluh blog yang menyumbang pelawat yang terbanyak ke blog ini:
1. Mairanai Story
2. Azan Subuh Khamis
3. Pena Hafiy
4. Khairul Idham
5. Saiberku
6. Syeikhul Islami
7. Syifa fi Qalbi
8. Al-Aman
9. Nadhirah 1989
10. Raqaiq

Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi memasukkan blog saya dalam senarai link pada blog mereka. Setakat ini, bilangan pageviews blog ini ialah 4,892. Pageviews bererti berapa kali laman ini dibuka dan tidak menunjukkan jumlah sebenar pengunjung blog ini, kerana barangkali ada pengunjung yang membuka blog ini lebih daripada sekali sehari, seperti saya :)

Daripada jumlah tersebut (yang dihimpun sejak tiga tahun yang lalu), 1,895 pageviews adalah pada bulan November 2008. Bermakna, secara purata saya menerima 63 pageviews sehari pada bulan tersebut.

Apakah yang akan berlaku sepanjang Disember ini? Sama-sama kita saksikan. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat memeriahkan blog ini. Kalian memang yang terbaik!


Reblog this post [with Zemanta]

Ulasan

  1. Mesti tuan blog ni view die punya blog lebih 40 kali shari.He3...Tu yg dah jadi dekat 5ribu.Jgn marah eh..Gurau je

    BalasPadam
  2. Aiseh, macam mana boleh kantoi ni... Bukan setakat 40 kali Kim, kalu time tengah bubuh widget baru ke, buat adjustment yang teruk sikit ke, mau ratus-ratus kali jugak sehari... Hehehe...

    BalasPadam
  3. waaa...tak sangke blog ana tersenarai..terharu2..huhu

    BalasPadam
  4. Nombor 10 tu. Atas tong. Usaha lagi... Haha.

    BalasPadam
  5. takde hadiah ke untuk yg dapat numb 1??hihihi

    BalasPadam
  6. Hadiah? Tunggu bisnes OK dulu aaa... Hehe...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rukun Islam dan rukun Iman

5 RUKUN ISLAM

1. Mengucap dua kalimah syahadah.
2. Mendirikan solat.
3. Menunaikan zakat.
4. Berpuasa di bulan Ramadhan.
5. Menunaikan haji di Mekah bagi yang mampu.

6 RUKUN IMAN

1. Beriman dengan Allah subhanahu wa taala.
2. Beriman dengan para malaikat.
3. Beriman dengan kitab-kitab suci.
4. Beriman dengan para Rasul.
5. Beriman dengan Hari Akhirat.
6. Beriman dengan Qada' dan Qadar.

Menentang kemungkaran itu kewajipan setiap muslim

Image via Wikipedia
1. Menentang kemungkaran dan melawan golongan yang sesat itu wajib secara ijma'.

2. Peringkat mencegah kemungkaran:

i) Tangan - Fardhu kifayah jika ramai yang tahu, fardhu ain jika tiada orang lain yang tahu.
ii) Lisan - Fardhu kifayah jika ramai yang tahu, fardhu ain jika tiada orang lain yang tahu.
iii) Hati - Fardhu ain, kerana membenci perkara maksiat itu wajib bagi setiap muslim. Manakala redha dengan maksiat itu dosa besar.

3. Harus tinggalkan menentang kemungkaran dengan tangan dan lisan bila yakin akan ditimpa kesusahan jika melakukannya dan dia tidak mampu untuk menanggung kesusahan itu.

4. Akibat meninggalkan perbuatan mencegah kemungkaran:

i) Tersebarnya kejahatan di dunia.
ii) Berleluasa maksiat dan perbuatan keji.
iii) Bertambah ramai orang jahat.
iv) Orang jahat akan menguasai orang baik.
v) Orang baik tidak mampu melawan orang jahat.
vi) Luput sifat-sifat kemuliaan.
vii) Berleluasa sifat-sifat keji.
viii) Ketika itu, semua manusia berhak untuk dimurk…

5 rukun khutbah Jumaat

Solat Jumaat fardhu ain ke atas muslim yang lelaki, merdeka, bermukim tanpa keuzuran yang dibenarkan syara' seperti sakit atau hujan.

Antara syarat solat Jumaat ialah dua khutbah.

Rukun-rukun khutbah Jumaat:

1. Puji-pujian kepada Allah subhanahu wa taala.
2. Selawat ke atas Nabi sallallahu alaihi wasallam.
3. Berpesan supaya bertaqwa.
4. Membaca ayat dari Al-Quran pada salah satu dari kedua-dua khutbah.
5. Doa kepada orang-orang mu'min pada khutbah kedua.

Wajib khatib berkhutbah dalam keadaan berdiri, suci dari hadas, menutup aurat dan wajib duduk antara dua khutbah dengan kadar lebih dari toma'ninah dalam solat dan tidak senggang masa terlalu lama antara dua khutbah.

Solat jemaah dan solat jenazah itu fardhu kifayah.

Solat hari raya, solat gerhana dan solat witir itu sunat muakkad. Begitu juga dengan solat sebelum dan selepas solat fardhu.

Solat dhuha dan tarawih itu sunat yang banyak kelebihan padanya dan ganjarannya sangat besar.