Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2008

Zakat MAIDAM

Imej
Borang permohonan Zakat MAIDAM (khusus di Mesir) akan di buka untuk permohonan pada bulan 1 bagi sesi 2009. Segala urusan boleh dibuat di pejabat pengurusan pelajar, Kaherah. * From KPT via Yahoo Messenger. Thanks!

Sejenak bersama keluarga

Imej
Image via Wikipedia Dah hampir dua minggu saya tidak telefon Malaysia . Saya memang tetapkan untuk telefon seminggu sekali, tapi minggu lepas tiada yang menjawab panggilan saya. Maka, saya tangguhkan niat saya ke minggu ini. Alhamdulillah, pemilihan masa yang tepat. Asar di sini, Isya' di sana. Waktu semua orang sedang bersantai menunggu untuk menghabiskan hari. Saya mulakan dengan menelefon A.yed, abang tunggal saya. Sengaja saya mulakan dengannya semata-mata untuk dapat gambaran umum apa yang sudah berlaku. Kami berbual rancak tentang komputer dan perniagaan. Tentang kad grafik, steering wheel , buat majalah dan eksport-import. Ya, sekadar sembang. Saya dapat baca kerunsingan pada nada pertuturannya bila berbincang hal-hal ini. Bimbang saya tidak menumpukan perhatian pada pelajaran. Tapi, saya tak dapat bayangkan kami berbincang soal pelajaran bersama. Haha. Dia bidang kejuruteraan. Saya bidang syariah. Kalau satu bercakap, tentunya yang satu lagi diam. Tak mampu untuk sali...

Zulhijjah 1429

Imej
Image via Wikipedia 1 Zulhijjah 1429. Bulan terakhir dalam bulan-bulan Islam. Saya sebenarnya masih belum 100% boleh menulis sekarang ini. Semalaman tak tidur kerana menguji kemampuan komputer yang baru diubahsuai. Alhamdulillah, segalanya baik. Berbaloi juga keluarkan duit untuk beli barang semalam. Namun, rasa lemah ini tak boleh terus dilayan. Perlu buat sesuatu yang memaksa diri untuk keluar dari keselesaan hari. Antaranya adalah dengan bantuan bahan bacaan yang boleh menyuburkan jiwa dengan insaf dan azam untuk terus berusaha memperbaiki diri -- satu usaha yang berterusan yang mesti dilakukan oleh setiap orang. Ustaz Sapuang ada menulis tentang kelebihan awal Zulhijjah dalam blognya. Berbetulan dengan masa dan kebetulan juga khutbah Jumaat tempoh hari turut berbicara soal yang sama. Ilmu seperti ini seharusnya terus disebarkan agar kita dan masyarakat sekeliling kita tidak tercicir dalam kelebihan-kelebihan yang telah dijanjikan.

Technology Mall, heatsink dan teksi

Imej
Heatsink baru , originally uploaded by rdhanz . Keinginan dan kemahuan membuatkan hidup lebih menyeronokkan. Kerap kali untuk melayan keinginan ini saya berbincang dengan kawan-kawan akan barang-barang idaman seolah-olah akan memilikinya sekarang juga. Malah menyusuli perbualan kami adalah lawatan ke tempat-tempat di mana barang-barang tersebut dibekalkan. Tapi, itu cara saya untuk menambahkan seri dalam hari-hari saya. Tak beli kalau tak mampu. Hanya bercakap seolah-olah mampu dan melihat dari dekat, tetapi tidak memilikinya secara langsung. Kerana saya tahu, keseronokkan mengimpikan sesuatu berbeza dengan keseronokkan memiliki sesuatu. Dalam bermimpi, segalanya sempurna. Tetapi dalam memiliki, ada kemungkinan apa yang dimiliki tidak seindah dan sehebat yang diimpi. Beerti, ia lebih terdedah kepada kekecewaan. Kecewa perkara yang besar itu boleh menambahkan azam untuk lebih berusaha. Namun, kecewa pada benda-benda yang remeh temeh tentunya perbuatan yang tiada gunanya. Saya begitu ter...

Meragam...

Imej
Image via Wikipedia Kepala masih pusing dengan karenah komputer yang sesuka hati terpadam sendiri. Mengikut bacaan suhu dari perisian SpeedFan , ternyata ada masalah kepanasan pada sistem komputer saya. Terutamanya pada kad grafik yang pada keadaan biasa pun sudah mencecah 60-65C. Kerana itu semalam saya mengintai-ngintai harga barang di Technology Mall, pusat membeli belah barangan komputer yang menjadi pilihan saya. Fokus utama saya ialah harga power supply . LE85 untuk power supply biasa berkuasa 750W. Sambil-sambil, saya mengintai harga kad grafik. Nvidia GeForce 9500 GT 512MB berharga LE570 manakala Nvidia GeForce 8600 GT 1GB bernilai LE680. Dan steering wheel Genius masih kekal pada harga yang sama iaitu LE200. Kalaulah ada yang sudi belanja... :-D

Misi selesai!

Imej
Pagi tadi saya dikejutkan dengan satu SMS yang memberitahu bahawa buku yang saya kirimkan kepada kawan saya telah sampai. Saya yang kebetulan tidur awal malam itu tentunya terasa seronok bila dikejutkan dengan SMS sebegini. Satu misi telah berjaya. Selepas 12 hari, akhirnya buku itu sampai ke tangan yang sepatutnya. Moga-moga hasil tulisan kami di Mesir ini turut sama dapat dikongsi bersama rakan-rakan di Malaysia . Terbukti bahawa Egypt Post boleh dipercayai untuk menghantar buku-buku seperti ini. Bagi rakan-rakan di Malaysia yang lain yang turut ingin memiliki buku Tokoh-Tokoh Islam terbitan Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu , Mesir, boleh menghubungi saya melalui Yahoo Messenger , chatbox di blog ini atau di ruang komen. Namun, harganya agak tinggi selepas kos penghantaran dan lain-lain urusan diambilkira iaitu RM40. * Exco KPT yang berkenaan memberitahu saya bahawa hanya 20 naskhah yang berbaki.

Malam Bersamamu Palestin

Imej
Dr. Zainur Rashid , originally uploaded by rdhanz . Bagaikan kebetulan yang dirancang. Kehangatan soal Palestin masih terasa selepas membaca kutaib-kutaib Ustaz Amru Khalid. Malam ini saya disajikan pula dengan isu-isu Palestin yang diulas dengan begitu baik oleh penceramah iaitu Dr. Zainur Rasyid. Selama hampir tiga jam kami diisi dengan hujah-hujah tentang kepentingan bumi Palestin dalam hidup seorang muslim hinggalah kepada isu semasa yang kini sedang dideritai oleh rakyat-rakyatnya. Memang terlalu banyak maklumat yang dikongsi, namun satu isi penting yang mencuri perhatian saya ialah, peringkat-peringkat dalam berkempen iaitu: 1) Memberikan kefahaman. 2) Memberikan sumbangan. 3) Boikot. Saya bergegas pulang di saat rakan-rakan masih lagi berlegar-legar di sekitar ARMA. Setibanya di rumah, rakan-rakan serumah semua sudah nyenyak tidur. Bila saya hidupkan komputer, baru teringat bahawa saya belum menulis apa-apa pun pada hari ini. Oh, masih ada 15 minit lagi sebelum hari ini berakhir...

Jalan-jalan untuk Tetap pada Agama Allah

Imej
Wasail Ath-Thabat ala Dinillah , originally uploaded by rdhanz . Pada mulanya saya keliru dengan kutaib ini. Isinya hampir sama dengan yang baru saya habiskan semalam. Contoh yang diberikan adalah sama dan masalah yang diputarkan adalah sama. Saya mula menjangkakan bahawa kutaib ini dicetak semua dengan judul yang berlainan. Ternyata saya silap. Semakin jauh saya menyelami kutaib ini, semakin jelas perbezaannya. Mujur saya mendahulukan judul "Ath-Thabat hatta Al-Mamat" kerana pada saya, judul kali ini merupakan susulan kepada judul tersebut. JIka siri-siri sebelum ini berjaya menjentik hati saya untuk membaiki hari-hari saya, judul "Wasail Ath-Thabat ala Dinillah" atau "Jalan-jalan untuk Tetap pada Agama Allah" ini bukan sahaja menjentik hati, malah turut memulas telinga, merotan belakang, mengikat kaki dan tangan dan kemudian merenjis kerengga pada badan pembaca untuk melakukan perubahan pada hari-harinya dan tetap dalam keadaan tersebut. Agak melampau da...

Tetap hingga Ajal

Imej
Ath-Thabat hatta Al-Mamat , originally uploaded by rdhanz . Saya memilih kutaib untuk dibaca secara rambang. Tidak kira apa tajuknya, yang pasti kesemua 13 judul itu akan saya habiskan sesegera yang mungkin. Barulah lapang dada untuk membelek kitab-kitab yang lebih besar. "Ath-Thabat hatta Al-Mamat" atau "Tetap hingga Ajal" menjadi santapan akal saya sepanjang hari ini. Di samping saya selangi dengan bahan bacaan yang lain, sehelai demi sehelai cuba saya renungi akan maknanya. Ustaz Amru Khalid berbicara tentang keteguhan prinsip seorang muslim dalam menghadapi suasana semasa. Juga dalam menghadapi situasi-situasi yang menguji keimanan. Kita sering berdepan dengan masalah futur dan kelalaian. Bacaan ringan seperti ini memberi ruang untuk keteguhan kembali berada pada tempat yang sepatutnya dalam jiwa kita. "Telah memberi kesan kejadian seorang wanita Amerika yang telah pergi ke Palestin, dan di sana dia berdiri teguh di hadapan jentolak milik Israel yang ingin ...

Taqeyyabella 1116

Imej
Image by dagnyg via Flickr Kawan saya yang ditahan masih belum dapat dibebaskan. Sama-sama kita doakan agar pembebasan mereka dapat disegerakan. Jika seminggu tanpa Internet sudah cukup menyeksakan bagi saya, bagaimana pula mereka yang sudah seminggu di dalam sel? Masih lagi berkisar sekitar Ops 1116 . Pandai-pandai je saya beri nama. Kali ini, Taqeyyabella berkongsi dari sudut pandangnya. Dia antara yang ditahan pada hari tersebut dan digeledah rumahnya. Moga cerita-cerita seperti ini memberi persediaan mental kepada kita apakah langkah yang lebih layak diambil jika terjebak dalam situasi yang seumpama Ops 1116 . Nauzubillhi min zalik.

Sekolah-sekolahku...

Imej
Image via Wikipedia Semakin lama, semakin ramai kawan-kawan lama menjenguk blog ini. Saya melihat ia sebagai satu penghargaan dan permulaan yang baik untuk mengekal dan menyuburkan persahabatan yang sekian lama dibina. Di sini saya coretkan serba ringkas perjalanan akademik saya supaya anda dapat kenalpasti di manakah kita mula-mula bertemu dulu. Saya bermula dengan Sekolah Kebangsaan Tok Jiring pada akhir tahun 1993 hingga 1998 tentunya dari darjah satu hingga darjah enam dan di situ jugalah saya menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Di sekolah ini saya pernah berada dalam kelas 1 Kuning, 2 Kuning, 3 Biru, 4 Shafie, 5 Shafie dan berakhir di kelas 6 Shafie. Kemudian, saya memilih Sekolah Menengah Kebangsaan (Agama) Tok Jiring dan berada di sana selama tiga tahun; 1 Al-Furqan (1999), 2 Al-Furqan (2000) dan 3 Al-Furqan (2001). Kebetulan pada waktu itu ibu saya bertugas sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar di sekolah ini sehingga tahun 2000. Semua adik beradik saya ...

Persaudaraan dan Berlapang Dada

Imej
Al-Ukhuwwah wa Salamah As-Sadr , originally uploaded by rdhanz . Sebuah lagi kutaib berjaya dihabiskan. Memang kutaib ini nipis dan isinya ringan. Tidak menjadi masalah sepatutnya untuk saya segera habiskan kesemua 13 buah yang saya ada. Jumlah muka suratnya lebih kurang sama, 31 muka surat. Tajuk aslinya ialah, "Al-Ukhuwwah wa Salamah As-Sadr," yang saya terjemahkan sebagai, "Persaudaraan dan Berlapang Dada." Walaupun isinya ringan, tapi untuk beramal dengan apa yang telah tertulis tidaklah semudah menghabiskan kutaib ini. Ia memerlukan langkah pertama individu yang disusuli dengan tindakan secara kolektif. Nama pun tentang persaudaraan. Sudah tentu ia melibatkan lebih daripada seorang. Moga Allah mengurniakan kita taufiq untuk kita mengamalkan hakikat sebenar persaudaraan yang dianjurkan Islam. Saya akui diri ini masih banyak kelemahan, namun berkat doa dan bantuan kalian, insyaAllah kita sama-sama realisasikan apa yang kita sama-sama impikan. "Saudaraku! D...

Medium dakwah

Imej
Image via Wikipedia Sering kali bila berpapasan dengan billboard, terdetik di hati, alangkah baiknya jika ruang sebesar dan secantik ini digunakan untuk menyampaikan mesej ketuhanan. Mesej yang membuat orang tertanya-tanya akan erti hidup, tentang agama, tentang ibadah... Apatah lagi bila melihat iklan-iklan kreatif badan-badan yang tidak bermaksud keuntungan dan politik. Alangkah indahnya jika iklan-iklan dakwah diolah dengan indah dan dipaparkan kepada umum sedemikian rupa. Terasa sejuk di hati sungguhpun hanya sekadar melihat, tidak melibatkan diri secara langsung. Kini, apa yang dikhayalkan sudah menjadi kenyataan. Cuma, ia berlaku di Amerika Syarikat, bukan di negara kita Malaysia . Blog Al-Aman melaporkan secara terperinci tentang kisah ini. Moga ia menjadi inspirasi kepada kader-kader dakwah Malaysia untuk mula merangka sesuatu yang sehebat ini!

Cita-cita dan Harapan

Imej
Al-Amal wa Al-Hilm , originally uploaded by rdhanz . Tiada yang menggerak jari saya untuk menulis hari ini. Maka, saya usahakan untuk habiskan kutaib ini supaya ada sesuatu untuk ditulis. Kebetulan kutaib ini telah saya baca separuh. Maka, tinggal lagi separuh untuk dihabiskan. Dalam 32 muka surat, Ustaz Amru Khalid menulis dalam nada yang berapi-api tentang cita-cita dan impian yang sepatutnya setiap muslim ada. Jelas dan terang mesej yang dibawa. Apatah lagi jika disandarkan dengan judul siri ini yang diinspirasikan dari ayat Al-Quran, "Hatta yugayyiru ma bi anfusihim." (Sehingga mereka sendiri yang mengubahnya) Buku ini boleh dijadikan inspirasi tatkala jiwa kelalaian dan dalam keadaan kering dan lemah. "Permulaan bagi cita-cita adalah impian, yang kamu hidup deminya, dan kamu berharap ia akan terlaksana. Maka semestinya ia akan terlaksana. Kamu mesti mengimani dengan ibarat ini; apa sahaja yang kamu inginkan, kamu perlu impikannya, kemudian kamu hidup deminya, maka s...

Sahabat...

Imej
Sahabat, Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tidak selalunya bahagia. Sedekahkanlah satu senyuman ikhlas walau di hatimu tak lagi mampu bertahan. Belajarlah memaafkan walau dirimu terluka. Berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran. Hiduplah dalam iman walau hari di penuhi godaan dan berpeganglah kepada Allah walau Dia tak kelihatan. Bukti kasihNya. Kita wujud di dunia pinjaman ini. Ada sebab bila berlaku sesuatu perkara dan yakinlah Tuhan menguji setiap hambaNya yang mengaku keimanan padaNya. Jangan terlalu berkhayal untuk jadi yang terbaik kerana hidup tak semudah itu. Perihal kehidupan sebagai cermin dalam menilai sebuah pengabdian yang hakiki lagi abadi. Moga lelahmu dihargai Illahi walau dicemuh insani. * From N via Yahoo Messenger.

Tips pelajar cemerlang

Imej
Image via Wikipedia 1. Saya wajib mulakan pembelajaran saya dengan wudhu', doa dan harapan. 2. Saya akan mulakan pembelajaran dengan suasana dan persekitaran yang kondusif. 3. Saya mesti memastikan otak dan fikiran saya sentiasa segar dan teransang untuk belajar. 4. Saya yakin bahawa saya boleh cemerlang dengan: Buat betul-betul! Buat sungguh-sungguh! Biar betul-betul! Jangan main-main! 5. Saya mesti yakin bahawa saya juga berhak berjaya seperti mereka yang telah berjaya. * From Abang A via Yahoo Messenger. Thanks!

BTemplates

Imej
Kebetulan baru sahaja selesai browse templates untuk Blogger . Tak sangka, dalam masa setahun, macam-macam bentuk templates yang ada. Padahal, masa mula-mula diperkenalkan templates XML , nak cari yang lain sikit pun susah. Sekarang, anda ada banyak pilihan. Bagi yang meminati templates Wordpress macam saya, mungkin laman ini akan memberi anda inspirasi untuk tukar template baru. BTemplates

Tips blog yang berkualiti

Imej
Image via Wikipedia Laman web yang berkualiti adalah laman web yang kandungannya bermanfat, mempunyai design yang menarik dan tidak mengambil masa yang lama untuk diproses. Di sini saya senaraikan beberapa langkah yang boleh diambil untuk mempercepatkan blog anda diproses: Bilangan pos: Semakin banyak pos yang dipaparkan pada laman web, semakin lama masa yang diambil untuk diproses oleh pelayar. Anda boleh mengubah bilangan pos yang dipaparkan dengan mudah pada tab Setting > Formatting. Bilangan pos yang dicadangkan ialah 10 dan ke bawah. Javascript dan links luar: Untuk kelajuan yang optimum, ada dinasihatkan untuk menggunakan widget yang sedia ada dalam Blogger . Tetapi, jika anda perlu menggunakan javascript luar, anda perlu pastikan javascript itu diletakkan pada bahagian akhir kod blog anda. Gambar dan media: Lagi banyak gambar, video dan media lain yang anda letak pada blog anda, semakin lambat pelayar memproses laman tersebut. Untuk penggunaan media yang optimum, keci...

Barack Obama

Imej
Image by BL1961 via Flickr Saya berminat untuk berbicara tentang Barack Obama , calon Presiden Amerika Syarikat dari Parti Demokratik yang telah memenangi Pilihanraya Presiden baru-baru ini dan bakal menggantikan George W Bush sedikit masa lagi. Sekilas pandang, kemenangan beliau memberi sinar harapan baru bagi rakyat Iraq dan tahanan di Guantanamo Bay , tetapi tidak di Palestin. Tapi, saya tidak ingin menulis dari sudut politik dunia. Saya lebih berminat dari sudut bagaimana Obama menggunakan Internet untuk membantu beliau memenangi pilihanraya ini. Bahkan ramai yang mengatakan bahawa penggunaan Internet yang berkesan merupakan kunci kemenangan beliau. Umum mengetahui apa itu Youtube . Ia merupakan satu platform untuk sesiapa sahaja memaparkan video mereka untuk tontonan umum. Kempen Obama menerusi Youtube telah menarik minat 14.9 juta penonton yang tentunya lebih berkesan berbanding iklan di televisyen kerana di Youtube , penonton memilih sendiri apa yang ingin ditonton, b...

Teman itu...

Imej
Image via Wikipedia Teman itu bukan macam papan skyboard. Belum main gilap. Dah main pijak. Teman itu bukan macam bola sepak. Belum dapat kejar. Dah dapat tendang. Teman itu bukan macam bulu tangkis. Belum main pegang. Dah main pukul. Teman itu diibaratkan macam ragbi. Belum dapat rebut dah dapat lindung. Teman itu macam jari. Lukanya sembuh sendiri hilangnya tak ada ganti! * From N via Yahoo Messenger. Thanks!

Restore recycle bin (Vista)

Imej
Image via Wikipedia Jika sebelum ini saya kongsi tips jika kehilangan ikon Recycle Bin pada Desktop Windows XP , kali ini untuk Desktop Windows Vista: 1. Klik kanan pada Desktop dan pilih Personalize. 2. Klik pada Change Desktop Icons pada menu sebelah kiri. 3. Pada tetingkap Desktop Icons Settings, tanda pada kotak Recycle Bin dan klik OK. Selesai.

Betapa

Imej
Saya tersenyum sendirian bila melihat video anak kecil sedang belajar mengaji dalam blog Anasxz . Pertama, betapa bersungguh dan sabarnya si ibu mengajar (walaupun nampak agak garang...). Kedua, betapa mudahnya si kecil jemu mengulang perkara yang sama. Tapi, bermula dari permulaan yang kerdil inilah, si anak boleh membaca Al-Quran sendirian. Bahkan ada yang menghafaz 30 juzuk kesemuanya. Bahkan ada yang menambah ilmu qiraat dalam dada. Bertalaqqi dengan pelbagai guru semata-mata untuk memastikan bahawa sebutannya adalah sebutan yang paling tepat. Belajar mengaji mengingatkan saya kepada ayah saya. Saya tak pernah dimarahnya melainkan bila melibatkan solat dan mengaji. Bahkan hingga kini tidak pernah saya dipukulnya. Paling teruk pun acah-acah je... Itupun dah meraung habis... :D Satu perkara yang saya pada mulanya tak puas hati ialah ketegasannya dalam mengajar Al-Quran. Beria-ia dia membetulkan sebutan bacaan saya supaya kena dengan apa yang dia mahu. Pada saya, biarlah saya ...

Nasihat YDP KPT

Imej
Image via Wikipedia PERHATIAN! Kepada sahabat-sahabat yang ingin keluar terutama pada waktu malam. Sila pastikan langkah-langkah keselamatan dijaga agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini. Kerana banyak perkara yang merbahaya sudah berlaku terutama di sekitar Kaherah. Sebarkan. Yang Dipertua, Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu * Via Yahoo Messenger.

Mempersaudarakan antara Muslimin

Imej
At-Taakhi bayna Al-Muslimin , originally uploaded by rdhanz . Kutaib ini antara kutaib siri Hatta Yughayyiru ma bi Anfusihim (Sehingga Mereka Sendiri yang Mengubahnya) tulisan Ustaz Amru Khalid, seorang pendakwah yang terkenal bukan sahaja di Mesir, bahkan di seluruh dunia Arab. Kutaib bersaiz poket ini disusun tanpa pembahagian bab dalam 32 muka suratnya. Ia berkisar tentang perbandingan sikap kasih sayang dan persaudaraan sesama muslim di zaman sekarang dengan zaman Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam dan para sahabat Baginda Radhiallahu anhum. Saya membelinya atas cadangan senior yang kebetulan pada waktu itu Pameran Buku Antarabangsa Kaherah sedang berlangsung. Saya mengambil peluang tersebut untuk membeli 13 kutaib dalam siri ini. Semoga Allah memberikan kekuatan kepada saya untuk menghabiskan kesemuanya. Amin. Petikan menarik dalam kutaib ini: "Pada suatu hari, Umar Radiallahu anhu memberikan 1000 dirham kepada khadamnya dan mengarahkannya supaya pergi kepada Abi Ubaidah ...

Iklan Rumah Sewa 700

Imej
Sudah lama saya tidak bermain-main dengan Photoshop , terutamanya sejak tetikus saya meragam suatu masa dahulu. Kini, saya sudah menggantinya dan saya boleh memulakan semula hobi saya. Projek pertama saya ialah iklan untuk rumah saya. Sudi-sudikanlah untuk print dan tampal di rumah :-)

Suluk At-Talib Al-Muslim

Imej
Suluk At-Talib Al-Muslim , originally uploaded by rdhanz . Satu lagi kutaib (kitab kecil) habis dibaca. Kutaib ini berjudul Suluk At-Talib Al-Muslim (Pekerti Pelajar Muslim) yang merupakan salah satu dari siri-siri ceramah Ustaz Wajdi Ghanim, seorang pendakwah yang terkenal di Mesir. Kutaib ini terbitan Dar Salam, Mesir, bersaiz poket dan disusun isinya dalam tujuh bab. 59 muka surat ini mengandungi pesanan-pesanan untuk pelajar sekolah rendah, menengah dan universiti. Petikan yang menarik dari buku ini: "Nabi Sallallahu alahi wa Sallam bersabda, "Tidak berlalu dua tapak kaki seorang hamba pada jalan Allah melainkan terhapus dengannya api neraka."[1] Tidak mungkin kamu melalukan kedua tapak kakimu pada jalan Allah, maka jadikanlah pembelajaranmu pada jalan Allah, dan jadikanlah kuliahmu atau kolejmu pada jalan Allah. Untuk itu, saya menyeru kepadamu supaya mensucikan niat." -- Bab 1: Ikhlas Niat Kerana Allah Taala. [1] Sahih Bukhari (2811), Kitab Al-Jihad wa As-Siir...

Bayaran diterima

Imej
Terima kasih.

Kongsi ID Yahoo Messenger

Imej
Untuk berkongsi senarai ID Yahoo Messenger dengan kawan, anda boleh guna cara ini: 1. Pilih menu Actions. 2. Pilih Send My Messenger List. 3. Dalam senarai yang dipaparkan, pilih nama penerima. Klik Next. 4. Pilih nama-nama yang ingin anda kirimkan kepada penerima. 5. Klik Finish. * Thanks N for the tips...

Dah cukup korum!

Imej
Image by HiMY SYeD / photopia via Flickr Malam ini, secara rasminya ke semua ahli Rumah Sewa 700 sudah memiliki blog peribadi mereka sendiri. Saya sangat bersenang hati dengan perkembangan ini kerana setiap individu memiliki personaliti yang tersendiri dan ia boleh digambarkan melalui blog. Lagi banyak blog yang kita baca, lagi luas pengetahuan kita akan perbezaan sudut pandang orang lain. Berikut adalah senarai blog ahli Rumah Sewa 700 (disusun mengikut abjad): Al-Aman Buaya Sikoh RdhanZ Sapuang Syeikhul Islami Segala yang baik datang daripada Allah Subhanahu wa Taala, dan yang kurang itu datang daripada kelemahan kami sendiri. Wallahua'lam.

Wasoya Al-Aba' li Al-Abna'

Imej
Wasoya Al-Aba' li Al-Abna' , originally uploaded by rdhanz . Bagi memulakan pembacaan kitab Arab, saya memilih kitab yang kecil dan nipis supaya cepat dihabiskan. Sungguh, berniat untuk menghabiskan cepat satu-satu kitab tidak membantu pemahaman. Tapi, ini adalah untuk mencari momentum untuk mulakan budaya membaca. Maka, langkah-langkah awal sangatlah penting. Kitab ini berjudul Wasoya Al-Aba' li Al-Abna' aw Ad-Durus Al-Awwaliyyah fi Al-Akhlaq Al-Mardhiyyah (Wasiat Ayah-Ayah kepada Anak-Anak atau Pelajaran Permulaan pada Akhlak yang Terpuji) karangan Asy-Syeikh Muhammad Syakir (1282H - 1358H), Mantan Syeikh Ulama Iskandariah. Kitab ini ditahqiq oleh Syeikh Abdul Qadir Al-Arna'uut terbitan Maktabah Al-Maarif li An-Nasyri wa At-Tawzi', Riyadh. Kitab ini saya beli ketika di Yaman, sebelum bertolak untuk keluar dari Tarim ke Dau'an bersama rakan-rakan daurah. Saya sudah menjangka perjalanan itu tentunya lama dan membosankan, maka saya memilih kitab ini sebagai t...

Restore recycle bin

Imej
Image via Wikipedia Tips kalau anda kehilangan Recycle Bin di Desktop anda: 1. Right-click pada ruang kosong pada desktop. 2. Pilih Properties. 3. Klik tab Desktop. 4. Klik butang Customize. 5. Klik Restore Default. 6. Tutup semua tetingkap dan restart komputer anda. * Tips ini untuk pengguna Windows XP .