Punca talian yang kurang memuaskan
Anak Turki yang tinggal di aras bawah rumah saya datang, mengadu talian Internet yang lembab. Saya jadi serba salah kerana saya baru saja naikkan kelajuan dan sewa bulanan. Terus terang, talian di rumah ini juga tidak selaju yang diharapkan.
Setelah meneliti berita-berita di Internet yang kebanyakkannya bertarikh 22 Disember 2008, ternyata keadaan talian yang kurang memuaskan ini berikutan kejadian tiga kabel gentian optik terputus Jumaat lalu. Kabel yang dinamakan The Sea Me We 3 (SMW3) dan The Sea Me We 4 (SMW4) yang menghubungkan selatan Itali dan Timur Tengah itu terputus dipercayai disebabkan oleh gempa bumi yang berlaku di Lautan Mediterranean.
Kejadian ini tidak hanya menjejaskan talian Internet bahkan dilaporkan talian telefon bimbit Vodafone dan Orange turut terjejas. Negara-negara yang terlibat mengambil inisiatif dengan menggunakan talian menerusi kabel lain dan talian satelit sementara kabel yang terputus ini dibaiki.
Bloomberg melaporkan, France Telecom menjangkakan talian akan pulih sepenuhnya menjelang 31 Disember 2008. Manakala syarikat yang sama menjangkakan talian akan pulih pada hari Krismas dalam laporan yang lain.
Sekarang ini pakar-pakar dari Perancis sedang berusaha untuk memulihkan keadaan dengan dibantu robot yang dinamakan sebagai Hector.

Ulasan
Catat Ulasan