Cerita tentang Mesir
"I never know about Mesir unless through your story."
Demikian tiap patah perkataan tersusun dalam mesej yang saya terima dari kawan saya semalam. Benar, memang antara niat saya memulakan blog ini adalah untuk menceritakan perihal kehidupan di Mesir kepada keluarga dan kawan-kawan. Juga sebagai inspirasi kepada adik-adik dan sesiapa jua yang berminat untuk melanjutkan pelajaran di sini. Atau sekadar ingin menjejakkan kaki ke bumi bertuah ini.
Semasa kami di aliran Thanawi dahulu, kami tidak ada banyak maklumat tentang Mesir. Beberapa minggu sebelum bertolak, saya pergi ke kafe siber untuk mencari maklumat tentang Azhari di Mesir, tetapi ternyata tidak mudah. Akhirnya, saya gunakan Google Earth untuk melihat dengan sendiri keadaan Mesir. Pandangan dari udara tentu berbeza dengan pandangan biasa. Tapi, hanya itulah yang saya ada.
Saya print beberapa versi peta. Semata-mata untuk memenuhkan rasa ingin tahu tentang keadaan Mesir. Apakah Arab Mesir semuanya pakai jubahkah? Naik untakah? Tahap kemodenannya macam mana? Jakunkah kalau saya bawa gadget yang canggih-canggih ke Mesir? Oh...
Rupa-rupanya, Mesir, lebih-lebih lagi kota Kaherah, tidak ubah seperti Kuala Lumpur, melainkan dari sudut kepadatan dan usia bangunan. Juga beberapa isu berkaitan seperti isu kebersihan. Manusianya seperti itu. Ranggi dan moden. Gadget-gadget baru pun sudah ada di Mesir. Bahkan ada sesetengah alat, banyak di Mesir, tapi kurang di Malaysia. Sebagai contoh PC Cassette. Perkakas untuk memasukkan kaset ke dalam PC.
Jadi, saya coretkan segalanya di sini. Apa yang baru dan seronok. Juga tidak segan untuk membicarakan hal yang kurang seronok di sini. Paling tidak, ia memberi gambaran yang jujur dan ikhlas tentang Mesir. Saya tidak takut orang akan mengubah keputusannya untuk tidak belajar di sini, kerana saya tahu, penangan Mesir sangat kuat. Kutuk, kutuk juga. Seminggu balik Malaysia, jiwa akan meronta-ronta rindukan bumi berkat ini.
Orang kata, "Sekali dah minum air Sungai Nil, tak nak balik dah..."
dulu ada juga keinginan nak sambung belajar di al Azhar...akhirnya Allah takdirkan di UIA je..tak tahulah bila ada rezeki utk ke Mesir.
BalasPadamBanyak lagi ruang untuk datang ke Mesir ni. Entah kenapa, akhir tahun ni ramai pula pelancong dari Malaysia datang ke sini. Bukan satu dua keluarga, empat lima bas yang datang...
BalasPadamPernah juga orang buat pembentangan tesis di sini. Ada juga yang buat kerjasama dengan universiti di sini untuk peringkat sarjana dan kedoktoran.
Bahkan ada yang datang ke Mesir atas tajaan universiti untuk belajar Bahasa Arab. Cuti-cuti semester pula ada pelajar UIA datang belajar bahasa di sini di markaz lughah.
Uih, banyak cara nak ke Mesir, kan?
em,kalau nak harapkan cuti semester mmg xde pluang la kot...course kami ni bukannye ada cuti pjg2..mmg x sempat nak gi mana2 kecuali yg dkat2 ni je.
BalasPadamuntung kwn2 saya yg tengah belajar di oversea...pengalaman dpt,penguasaan bahasa asing pun dpt.
Alhamdulillah, ala kulli hal... Nak saya cerita pasal apa yang kami terlepas bila kami duk luar negara? Banyaaak!!!
BalasPadam