Disember 2008

Image representing Blogger as depicted in Crun...Image via CrunchBase

Masa berlalu dengan pantas. Sebagaimana sifatnya yang diketahui umum.

Istimewanya tahun 2008 kerana ia bermula seiring dengan tahun 1429 hijriah. Maka, tatkala hijriah mula melangkah masuk ke bulan terakhir iaitu Zulhijjah, 2008 juga mengikut sama. Sedar tak sedar dah masuk bulan Disember.

Selesai menonton Top Gear 30/11, saya dapati pada blog-blog popular seperti John Chow, Problogger dan Daily Blogging Tips sedang mewarwarkan satu perkara yang sama. Bahawa blogger yang terkenal, Yaro Starak berganding bahu dengan Gideon Shalwick untuk menghasilkan sebuah eBook yang berjudul Roadmap to Become a Blogger.

Untuk mendapatkan eBook percuma ini, anda perlu memasukkan nama dan alamat e-mel anda dan anda akan menerima link untuk download eBook ini menerusi e-mel.

Untuk memudahkan pembacaan, saya print eBook ini dan menyedari betapa tebalnya jika 72 muka surat dicetak pada sebelah muka sahaja. Kandungannya disusun dengan baik, penggayaan hurufnya kemas dan tidak menyakitkan mata, serta bahasanya mudah. Malah, eBook ini juga dimudahkan dengan bantuan gambar rajah yang kemas dan menarik.

EBook ini mengandungi lima langkah utama untuk memulakan blog dengan sistematik dan sebagai tambahan 13 X-Factor untuk memantapkan lagi blog anda. Ia bahan bacaan yang bagus untuk mengisi masa lapang dan menambahkan pengetahuan berkenaan blog.

Saya dapat berita tentang banjir di Terengganu turut melibatkan keluarga saya. Moga kalian bersabar.
Reblog this post [with Zemanta]

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Hari yang memenatkan

Memudahkan yang rumit