Rahsia kejayaan
Saya masih ingat tahun lepas, masa saya sedang berusaha menghadam kitab Qodoya saya. Saya ditemani PHD Comics. Satu siri comic strip yang berkisar tentang penuntut universiti. Dan saya berjaya habiskan kedua-duanya; kitab Qodoya dan siri PHD Comics! 1000+ episod tu! Hari ini saya sambung kembali melihat gelagat mereka.
Satu perkara yang menjadi tabiat saya, apabila saya melihat komik atau animasi sebagai contoh, saya akan berfikir bagaimana saya boleh menghasilkan sesuatu yang sama sepertinya. Sekarang, fikiran saya menerawang, adakah saya mampu melukis comic strip secara konsisten seperti PHD Comics? Hm...?
Ulasan
Catat Ulasan