Berhenti dan terhenti

Stop HammertimeImage by Rich Anderson via Flickr

Mata seakan berselaput setelah berada di pertengahan jalan untuk menghabiskan novel yang dipinjam ini. Buku pinjam harus dihantar dengan segera. Maka, ia harus dihabiskan dengan segera. Semua sudah tidur. Kepenatan dengan aktiviti masing-masing. Irama nasyid menemani pembacaan. Kebanyakkannya dalam Bahasa Arab. Selain keindahan lenggok suara orang Arab, ketinggian bahasa yang digunakan memudahkan saya menumpukan perhatian pada pembacaan (cakap je la tak faham, senang!).

Antara petua cemerlang belajar K.gee, ialah mengulangkaji di tengah malam sambil mendengar radio Cina. Kenapa? Kerana muziknya menarik dan liriknya tidak difahami. Maka, otak tidak sibuk untuk memahami lagu sebaliknya boleh ditumpukan pada bahan bacaan.

Kebetulan semasa makan malam tadi, saya mendapat peluang untuk berbicara hati ke hati dengan seorang kawan. Terima kasih kerana sudi mendengar dan teliti dalam memberi respon. Petua utama dalam kejayaan dalam perhubungan adalah komunikasi. Dengan bertutur, ia membinasakan sangka buruk yang bersarang dalam hati, lantas mebenihkan benih-benih ukhuwwah yang baru dan segar. Saya tahu ia adalah sebahagian daripada rezeki yang tidak dirancang tetapi diberikan Allah. Namun, saya tetap berharap ia akan berulang, di saat yang tepat.

Antara perkara yang sering saya lakukan setiap hari ialah memeriksa jumlah pengunjung blog ini. Jika ramai, ia akan menggembirakan saya. Jika kurang, saya akan cari sebab lain untuk gembira. Dua hari lepas, jumlah pengunjung merudum jatuh. Barangkali kerana mejoriti pengunjung datang dari kawan-kawan di Mesir dan kebetulan Mesir dilanda masalah komunikasi berikutan kabel di Laut Mediterranian terputus. Hampir dua hari kami tidak boleh mengakses Internet. Oh...

Dalam tempoh itu, beberapa peristiwa telah berlaku kepada kenalan-kenalan saya di dunia maya ini. Ada yang sedih dan ada yang menggembirakan. Saya sedang memikirkan respon yang sesuai untuk diutarakan, namun sebaiknya kita semua mendokan kebaikan dan kesejahteraan atas apa jua yang berlaku.

Habiburrahman El-Shirazy sekali lagi menyentuh jiwa saya. Juga jiwa seorang kawan yang berbakat besar dalam penulisan. Jika ada masalah cinta, luahkan saja padanya. Maka dia akan mengolahkan perasaanmu menjadi ayat-ayat yang menghiburkan minda lantaran permainan bahasanya. Namun, bahasa yang indah ada bayarannya. Usah diharap ia hanya akan tersimpan di dada. Adakalanya ia akan tersebar di udara. Tunggu masa bakatnya matang, insyaAllah, dia akan keluarkan hasil yang menakjubkan!

Saya juga punya cita-cita besar. Bahkan setiap orang sepatutnya ada. InsyaAllah, esok yang menanti adalah esok yang indah!
Reblog this post [with Zemanta]

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Hari yang memenatkan

Memudahkan yang rumit