Coretan pagi Hari Arafah
Selamat menjalani ibadah puasa sunat Hari Arafah pada hari ini. Yang terlepas boleh cuba semula tahun depan.
Lumrah masyarakat Arab lebih meraikan AidilAdha berbanding AidilFitri. Di Malaysia pula, kemeriahan AidilFitri mengatasi kemeriahan AidilAdha. Sebelum tiba bulan Zulhijjah lagi, mimbar-mimbar masjid bergema dengan khutbah-khutbah yang menceritakan perihal kelebihan bulan Zulhijjah, terutamanya 10 hari terawalnya.
Dalam kemeriahan sambutan, masih ada pihak yang tidak melupakan nasib saudara seaqidah di Gaza yang sedang ditimpa musibah perbuatan khianat Yahudi Zionis. Sebut sahaja kesengsaraan umat, pasti terlintas di benak kita akan nasib rakyat Palestin. Dan sebut sahaja perjuangan Palestin, pasti terlintas di benak kita akan wilayah Gaza.
Melihat kepada ibadah haji itu sendiri mengingatkan kita akan pengorbanan mereka-mereka yang terdahulu memiliki dan memelihara iman berbanding kita. Sejarah mencatatkan bagaimana kisah Nabi Ibrahim Alaihis Salam menunaikan perintah Allah Azza wa Jalla dengan meninggalkan Siti Hajar dan anaknya Ismail di tengah-tengah padang yang kering kontang hinggakan berlaku peristiwa-peristiwa bersejarah pada hari itu yang turut memberi kesan kepada pensyariatan pada hari ini.
Kehadiran binatang-binatang korban di perkarangan kompleks juga telah membangkitkan semangat AidilAdha di kalangan kami. Apatah lagi bagi mereka-mereka yang mengambil bahagian dalam ibadah korban. Keindahan Islam bukan sahaja tergambar pada sambutan AidilAdha itu sahaja, tetapi juga pada hikmah pensyariatan penyembelihan haiwan itu sendiri. Moga-moga roh pengorbanan ini dapat kita hayati sebagaimana yang dilakukan oleh tokoh-tokoh perjuangan yang telah menabur jasa dan bakti dengan ikhlas demi agama, bangsa dan negara. Jangan lupa pula 1/3 bahagian untuk saya. Hehe.
Semoga amalan kita tahun ini lebih baik dari tahun lepas!
* Alhamdulillah! Dapat juga buat round-up Zulhijjah 1429H. Ini caranya memanfaatkan Google Reader. Sengaja saya tunggu sampai Hari Arafah baru nak tulis... Selamat berpuasa dan salam AidilAdha buat semua! :-D

Ulasan
Catat Ulasan