Pertemuan dan perpisahan


Merenung masa depan, originally uploaded by rdhanz.

"Tidak lengkap sebuah pertemuan tanpa perpisahan." -- Waza.

Ia bermula pagi tadi. A pinjam kamera saya untuk dibawa pergi membeli unta. Saya yang ketika itu sedang tidur mengizinkannya dan kembali tidur.

Masa berlalu. Selesai solat Asar, saya menemani H ke pasaraya Tauhid wa Nur. Saya mengambil kesempatan itu untuk membeli sehelai baju sejuk dan dua bilah pisau. Baju sejuk sebagai baju raya dan pisau-pisau itu sebagai pisau raya. Maklumlah, bila tiba waktu melapah tak seronok pula sekadar melihat. Tak seronok juga berebut pisau. Sekali beli dua terus. Kalau satu orang pinjam, ada satu lagi simpanan dalam poket. Hehe.

Menjelang Maghrib barulah saya dapat saksikan sendiri unta-unta yang baru tiba Asar tadi. Besar. Dua ekor. Dengan khusyuk mereka memamah daun-daun pokok hiasan depan Rumah Terengganu. Sungguh indah pemandangan tersebut.

Selesai solat Isya', K mengajak kami pergi mengiringi kambing-kambing dari Gamek ke Rumah Terengganu. Saya berasa teruja kerana peristiwa ini mengimbau kenangan Baba, Ayed dan saya mengembala kambing di rumah.

Lapan ekor semuanya. Alhamdulillah, Allah luaskan rezeki kami untuk melakukan ibadah korban. Terkilan juga sebab tidak turut serta. Tapi, ikut kemampuan la, kan?

Sebelum pulang, saya merayau-rayau melihat binatang-binatang korban milik anak negeri lain. Pemandangan yang luar biasa. Unta, lembu dan kambing ada di mana-mana. Bahkan penduduk Mesir yang tinggal di sekeliling turut tidak melepaskan peluang untuk sama-sama melihat binatang-binatang ini.

Sambil-sambil menapak menuju ke rumah, saya cium tangan saya... Wah... bau kambing... Isk!

* Nak habiskan malam ni dengan 'teman-teman' baru yang akan berpisah sehari dua lagi...

Ulasan

  1. Teman yg 2 ekor ni dah berpecah ke dalam perut2 pelajar Tganu...

    BalasPadam
  2. Haha... :) Dah selamat dah unta dua ekor nih... ;)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Hari yang memenatkan

Memudahkan yang rumit