Sayangi ibumu
Berkata penyair:
Suatu hari seorang lelaki menghasut seorang budak yang bodoh
Dengan duit untuk menjaganya dari segala bahaya
Maka lelaki itu memberitahu si budak untuk membawa jantung ibunya
Dan dia akan diberikan perhiasan, duit dan permata
Maka si budak pergi membenamkan pisau ke dada ibunya
Dikeluarkan jantung dan dia pulang dari mengikut jalan dia datang
Tetapi oleh kerana gopoh dia terjatuh
Dan jantung itu terjatuh tergolek dan dia tersadung
Jantung ibunya memanggilnya dalam keadaan diselaputi kotoran
"Anakku! Sayangku! Adakah kamu sakit?"
Sungguhpun suara itu penuh dengan belas kasihan, tiba-tiba
Bagaikan kemurkaan syurga telah menimpa si budak
Dan dia keluarkan pisau dan menikam dirinya
Tikaman untuk menjadi pengajaran bagi yang ingin mengambil pengajaran
Jantung si ibu memanggilnya dan berkata, "Hentikan tanganmu
Dan jangan kau bunuh hatiku dua kali di tempat yang sama."
"Hentikan tanganmu dan jangan kau bunuh hatiku dua kali di tempat yang sama."
tulusnye hati seorg ibu~
BalasPadamwuhuhuhu rindu ibu saye~
Ya, ibu memang patut dirindui...
BalasPadam