Anak-anak di masjid

Indonesian Kid!Image by Elias Pirasteh via Flickr

Ralit melihat anak-anak Rusia bermain-main ketika menunggu khatib menaiki mimbar. Comel. Mereka berbisik-bisik sesama sendiri. Wajah mereka yang bulat, berkulit putih dengan raut wajah yang kecinaan ditambah dengan baju sejuk yang tebal menambahkan lagi keasyikan saya memandang gelagat mereka.

Namun, sebaik sahaja khatib menaiki mimbar, comel berubah menjadi gangguan. Terganggu untuk menghayati pesanan khatib sedang si anak bermain-main di depan mata. Lumrah kanak-kanak, bila ditegur akan diam sekejap.

Sesetengah masjid melarang ibubapa membawa anak kecil untuk solat. Memang berlaku, ketika sedang solat, tiba-tiba terdengar tangisan anak kecil dari saf jemaah wanita yang sangat merunsingkan sesiapa yang mendengarnya. Apatah lagi si ibu yang sedang solat. Maka, solat berjemaah itu terganggu. Sebagaimana terganggunya dengan gangguan nada dering telefon bimbit.

Dari sudut pendidikan pula, seeloknya anak diperkenalkan kepada masjid pada usia yang muda. Melarang mereka dari hadir ke masjid seakan menghalang kecintaan mereka kepada masjid dari peringkat awal.

Antara langkah kawalan yang boleh dilakukan oleh bapa terutamanya ketika berada di masjid bersama anak adalah dengan duduk bersama-sama anak ketika mendengar khutbah. Kemudian, tatkala solat didirikan, arahkan anak supaya solat di saf belakang supaya saf orang dewasa tidak terputus.
Reblog this post [with Zemanta]

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Hari yang memenatkan

Memudahkan yang rumit