Rich Site Summary

Image representing FeedBurner as depicted in C...Image via CrunchBase

RSS (Rich Site Summary) adalah format untuk sampaikan kandungan web yang sentiasa berubah. Banyak laman web yang berkaitan dengan berita, blog dsb memasang RSS Feed untuk sampaikan kandungan terkini kepada siapa sahaja yang berminat.

Kenapa RSS?

RSS menyelesaikan masalah bagi mereka yang selalu menggunakan web. Ia memudahkan anda untuk sentiasa peka dengan kandungan terkini dari laman web yang anda minat. Anda jimatkan masa dengan tidak perlu melawati laman web tersebut satu persatu. Privasi anda juga terjamin kerana tidak perlu mendaftarkan alamat e-mel anda untuk RSS. Bilangan laman web yang menawarkan khidmat RSS meningkat dengan mendadak termasuk syarikat-syarikat yang besar seperti Yahoo News.

Apa yang saya perlukan untuk membaca RSS Feed?

Feed Reader atau News Aggregator membantu anda untuk mengambil RSS feed dari pelbagai laman web dan memaparkannya untuk dibaca dan diguna.

Terdapat juga pelbagai jenis RSS Reader secara online seperti My Yahoo, Bloglines dan Google Reader. Apabila anda sudah miliki RSS Reader, anda hanya perlu mencari laman web yang memasang RSS Feed dan memasukkan alamatnya ke RSS Reader anda. Kebiasaannya, laman web akan memaparkan logo RSS, XML, RDF atau Atom untuk memberitahu bahawa anda boleh menghubungkan laman web tersebut dengan RSS Reader.

Bagaimana memasang RSS Feed pada laman web atau blog?

Antara penyedia perkhidmatan ini yang popular adalah FeedBurner. Daftarkan laman web anda di sini dan segala urusan akan dimudahkan. Tinggal lagi, anda perlu beritahu kepada pengunjung web anda bahawa laman web tersebut telah dilengkapi dengan RSS Feed.
Reblog this post [with Zemanta]

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Hari yang memenatkan

Memudahkan yang rumit