Iqamah itu visa

Egypt flag 300Image via Wikipedia

Gara-gara tidur lewat semalam, saya hampir terlepas peluang untuk memperbaharui visa yang telah tamat tempoh sebulan yang lalu. Semalam ada ceramah umum yang disampaikan oleh tetamu-tetamu dari Malaysia. Balik dari ceramah tak terus tidur. Layan Internet dulu.

Saya akan tulis tentang ceramah tersebut bila saya dapat kembali kamera yang dipinjam M semalam. InsyaAllah, saya akan tulis.

Saya terkejut dari tidur jam 10.30 pagi. Begitu penting urusan visa ini sampai terbawa-bawa dalam mimpi. Bangun saja terus sandang beg dan menuju ke pejabat imigresen. Berikut beberapa butiran berkenaan urusan memperbaharui visa (iqamah):

Memperbaharui visa

Dokumen yang diperlukan:

1. Pasport yang sah.

2. Pengesahan (tasdiq) kuliah. Boleh didapati dari pegawai hal ehwal pelajar di universiti (syu'un tullab).

3. Dua salinan pasport pada muka surat yang tertera butiran peribadi pemegang.

4. Dua salinan pasport pada muka surat yang tertera cop visa terakhir dan cop masuk ke Mesir yang terkini.

5. Sekeping gambar pasport.

6. Wang sebanyak LE11.10 untuk pembelian setem. Untuk tujuan pembaharuan sahaja. Untuk dapatkan visa kali pertama jumlah yang lain dikenakan.

7. Kesabaran. Setiap orang ada cerita masing-masing untuk dapatkan visa. Apa yang pasti, kesabaran itu penting untuk segala urusan di sini.

Langkah demi langkah

1. Hadir di pejabat imigresen sama ada di Bu'uth atau di Abbas Aqqad seawal jam 8.00 pagi. Di mana anda dapatkan visa kali pertama menentukan tempat yang perlu anda pergi untuk memperbaharui visa sehingga anda tamat pengajian. Seeloknya usahakan di Abbas Aqqad kerana boleh berurusan di sana setiap hari kecuali Jumaat. Di Bu'uth, hanya hari Sabtu sahaja dibuka untuk urusan visa. Seeloknya anda pastikan anda orang pertama yang tiba dan orang yang pertama berurusan. Pilih satu hari khusus untuk selesaikan urusan ini. Kemungkinan besar anda akan berada di sana sehingga masuk waktu Zohor.

2. Isi borang yang disediakan.

3. Beratur dan serahkan borang tersebut beserta dokumen-dokumen yang dibawa. Anda akan diminta untuk membeli setem dari kaunter lain.

4. Beratur sekali lagi untuk serahkan setem dan selesaikan urusan.

5. Anda dikira selesai urusan apabila pasport anda ditulis dengan nombor rujukan dan pasport tersebut diserahkan kepada anda.

6. Tunggu dua minggu dan hadir ke pejabat dengan membawa pasport untuk dicop.

Alhamdulillah, urusan hari ini tak begitu mengecewakan kerana paling tidak, urusan selesai.

* Hanya sesuai untuk diambil teladan oleh rakan-rakan di Kaherah. Buat rakan-rakan di negeri lain, urusannya agak berbeza.
Reblog this post [with Zemanta]

Ulasan

  1. selamat berjuang saudara...terima kasih kerana mengikuti blog saya..assalamualaikum.

    BalasPadam
  2. Remark : Backup blog

    Saudara...
    kes-kes blog kena removed ni dh bnyk berlaku.. tidak mengira blog itu baru atau tidak... dan berdasarkan pengalaman drp blog2 yg telah di'removed' nie... tidak akan ada sebarang notis awal yg diberikan.. malah ada yg diremoved sebaik sahaja posting entry dibuat...

    saya nasihatkan saudara buat backup sblm jadi apa2.. dulu semasa buat backup.. sy langsung x terpikir sy akan jd mangsa spt yg lainnya.. tapi smlm.. semua rumours itu ternyata benar!! tanyalah pd kwn2 mcm mana nk buat backup.. kalau xde jgk.. nnti saya akan bantu..
    Assalamualaikum..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Hari yang memenatkan

Memudahkan yang rumit