10 rukun solat
1. Niat.
2. Takbiratul ihram.
3. Membaca Al-Fatihah beserta dengan Bismillah, 14 tasydid, menyebut dhad bukan dengan sebutan zho' dan dalam Al-Fatihah tiada huruf zhoo'.
4. Ruku'. Wajib dia tunduk hingga sampai tapak tangannya ke lututnya. Wajib juga dia hentikan seketika segala pergerakkannya.
5. Kemudian, berdiri tegak dan wajib hentikan segala pergerakkan.
6. Sujud dua kali.
7. Duduk antara dua sujud dan wajib hentikan seketika segala pergerakkan dalam setiap perbuatannya -- sujud dan duduk.
Diulang perbuatan-perbuatan di atas pada rakaat-rakaat lain.
* Tasyahud awal dan duduk untuk tasyahud awal itu hukumnya sunat.
8. Tasyahud akhir dan duduk untuk tasyahud akhir itu wajib.
9. Selawat ke atas Nabi Sallallahu alaihi wasallam selepas membaca tasyahud akhir itu wajib.
10. Memberi salam keluar dari solat itu wajib. Sependek-pendeknya, "Assalamualaikum."
Sependek-pendek tasyahhud:
Sependek-pendek selawat ke atas Nabi Sallallahu alaihi wasallam:
Sebaik-baiknya ditunaikan solat dengan melakukan semua amalan-amalan sunat. Sunat-sunat solat itu tersangatlah banyak.
Seharusnya solat ini dilakukan dengan:
1. Ikhlas: Iaitu dengan beramal hanya kerana Allah Subhanahu wa Taala.
2. Hati yang hadir: Iaitu dengan mengetahui apa yang sedang diucapkan dan dilakukan.
3. Khusyu': Tenang segala anggota, hati yang hadir, menghayati bacaan dan zikir.
Allah Subhanahu wa Taala menerima solat seseorang mengikut setakat mana hadir hatinya ketika bersolat.
Diharamkan ketika solat riya' dan yang seumpamanya, iaitu melakukan kerana manusia.

التحيات لله، سلام عليك أيها النبي ورحمة الله وبركاته، سلام علينا وعلى عباد الله الصالحين، أشهد أن لا إله إلا الله وأن محمدا عبده ورسوله.
Sependek-pendek selawat ke atas Nabi Sallallahu alaihi wasallam:
اللهم صل على محمد
Sebaik-baiknya ditunaikan solat dengan melakukan semua amalan-amalan sunat. Sunat-sunat solat itu tersangatlah banyak.
Seharusnya solat ini dilakukan dengan:
1. Ikhlas: Iaitu dengan beramal hanya kerana Allah Subhanahu wa Taala.
2. Hati yang hadir: Iaitu dengan mengetahui apa yang sedang diucapkan dan dilakukan.
3. Khusyu': Tenang segala anggota, hati yang hadir, menghayati bacaan dan zikir.
Allah Subhanahu wa Taala menerima solat seseorang mengikut setakat mana hadir hatinya ketika bersolat.
Diharamkan ketika solat riya' dan yang seumpamanya, iaitu melakukan kerana manusia.
nak tanya rdhanz lah, betulkan ada kenyataan bahawa Usaili tu takyah dibaca semasa lafaz niat?
BalasPadamhujah kita bukan sengaja tp memang wajib.
@Shitsurei Shimashita
BalasPadamNiat adalah lintasan hati yang disertakan dengan perbuatan. Wajib kita lintaskan dalam hati untuk mengerjakan solat fardhu Zohor (contoh) ketika takbir.
Lafaz niat "usolli fardha... (hingga akhir)" itu hukumnya sunat kerana membantu kita melakukan perkara yang wajib.
Wallahua'lam.
jadi kalo tak baca kira sah ker smayang org tu?
BalasPadam@Shitsurei Shimashita
BalasPadamSah.
maaf, setahu saya, rukun sembahyang ada 13.
BalasPadam1. berdiri tegak
2. niat
3. takbiratul ihram
4. membaca surah al-fatihah
5. rukuk dan tomakninah
6. iktidal dan tomakninah
7. sujud 2 kali dan tomakninah
8. duduk antara 2 sujud dan tomakninah
9. duduk tahiyat akhir
10. membaca tahiyat akhir
11. selawat ke atas Nabi
12. memberi salam
13. tertib
Ucapan salam sejahtera buat sekalian dari Allah yang Maha Mengasihani.
BalasPadamRukun Solat ADALAH 13 (tiga belas)perkara.
Walau pandainya kita mahupun para ilmuan,walau cerdiknya kita mahupun para ilmuan@ulama...namun TETAP adalah 13 perkara sebagai Rukun Solat.
Utusan Agung yang terpilih iaitu penghulu kita Nabi Muhamad saw adalah insan terpilih yang telah menyempurnakan dan menyampaikan segala ajaran tanpa ada yang tersembunyi mahupun terselindung.Bijaksana nya Muhamad adalah dia mampu mengurangkan atau melebihkan sesuatu rukun ibadah..namun dia adalah maksum,beerti takan pernah mampu mengatasi Allah yang Maha Bijaksana.
Marilah kita bersama insaf,sejenak,rendah diri dan hapuskan riak.
Carilah kebahgian dalam solat dengan 13 rukun dan 5 waktu sehari.Mengetahui sesuatu perkara dan rukun 13 lalu memahaminya adalah lebih baik dari mengetahui tetapi tidak memahami..
Pohonlah kesempurnaan cahaya dari Allah agar kita bisa dengan tenang dalam beribadat pada Allah.Sesungguhnya kita yang menzalimi diri kita sendiri..Hiduplah dengan ada PRINSIP...prinsip insan terpilih..BismillahimasyaAllah..
Maaf..dari Sumpah Semerah Padi.
Apa yang saya catatkan di sini adalah apa yang saya baca dari kitab Ar-Risalah Al-Jami'ah wa At-Tazkirah An-Nafi'ah karangan Habib Ahmad bin Zain bin 'Alawi Al-Habsyi.
BalasPadamJadi, mana yang betul? 10 atau 13?
Kedua-duanya betul. Bahkan jika anda kaji dengan lebih mendalam, ada pendapat lain yang mengatakan rukun solat adalah 17 dan 18.
Wallahua'lam.
macam tak cukup sahaja rukuk solat ni..sila buat pembetulan..
BalasPadamSila baca komen saya yang sebelum ini untuk penerangan kenapa yang tersenarai hanya 10 dan bukannya 13. Terima kasih.

BalasPadam