8 maksiat dengan badan

An example of '' allāh  '' written in simple A...Image via Wikipedia
1. Maksiat perut seperti:
i) Makan riba
ii) Minum perkara yang memabukkan
iii) Makan harta anak yatim
iv) Makan makanan dan minuman yang Allah haramkan
v) Allah Taala dan RasulNya Sallallahu alaihi wasallam melaknat orang yang memakan riba dan setiap apa yang menyumbang ke arah itu
vi) Juga dilaknat peminum arak dan semua yang membantu peminumnya minum dan membelinya

2. Maksiat lisan itu banyak, contohnya:
i) Mengumpat: Menyebut perihal saudara semuslim dengan apa yang tidak disukainya walaupun perkara itu benar
ii) Mengadu domba
iii) Menipu
iv) Mencela
v) Melaknat
vi) Dan sebagainya

3. Maksiat mata:
i) Melihat perempuan ajnabi
ii) Melihat aurat
iii) Melihat dengan pandangan menghina kepada muslim
iv) Melihat ke dalam rumah orang lain tanpa izin
v) Dan sebagainya

4. Maksiat telinga:
i) Mendengar umpatan
ii) Dan sebagainya yang diharamkan

5. Maksiat tangan seperti:
i) Mengurangkan timbangan
ii) Khianat
iii) Mencuri
iv) Semua muamalat yang diharamkan seperti:
-- Membunuh
-- Memukul tanpa hak

6. Maksiat kaki:
i) Berjalan untuk membunuh muslim atau memudaratkannya tanpa hak
ii) Dan sebagainya yang diharamkan pergi kepadanya

7. Maksiat kemaluan seperti:
i) Zina
ii) Liwat
iii) Onani
iv) Dan sebagainya

8. Maksiat badan seperti:
i) Derhaka kepada kedua ibubapa
ii) Lari dari medan perang
* Kedua-dua ini adalah dosa besar
iii) Dan sebagainya yang dikira sebagai maksiat seperti:
-- melabuhkan pakaian
-- memutuskan tali persaudaraan
-- menzalimi manusia

Hanya kepada Allah Taala yang memberi pertolongan dan bantuan atas apa yang Dia sukai dan redha.

Selawat dan salam kepada Saidina Muhammad juga ke atas keluarga dan para sahabat Baginda.
Reblog this post [with Zemanta]

Ulasan

Catat Komen

Catatan popular daripada blog ini

Rukun Islam dan rukun Iman

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Cara meninggalkan komen di blog