11 maksiat hati

HeartImage by mozzercork via Flickr
1. Menjaga hati dari maksiat adalah kewajipan setiap setiap muslim.

2. Begitu juga menjaga setiap anggota, fardhu ain atas setiap muslim.

3. Antara maksiat hati:


i) Syak kepada Allah Taala.
ii) Berasa aman dari murka Allah Taala.
iii) Putus asa dari rahmat Allah Taala.
iv) Meninggi diri dengan hamba-hamba Allah Taala.
v) Riya'.
vi) Ujub dengan ketaatan kepada Allah Taala.
vii) Hasad dan dengki kepada hamba-hamba Allah Taala.
*Hasad: Membenci ni'mat yang dikurniakan kepada muslim dan berhasrat agar dikurangkan ni'mat tersebut.
viii) Kekal dalam keadaan maksiat kepada Allah Taala.
ix) Kedekut dengan apa yang Allah Taala berikan
x) Buruk sangka dengan Allah Taala dan hamba-hambaNya.
xi) Meremehkan apa yang Allah Taala besarkan:
-- ketaatan
-- maksiat
-- Al-Quran
-- ilmu
-- syurga
-- neraka

4. Semua ini termasuk dosa-dosa dan perkara keji yang membinasakan. Bahkan ada diantaranya membawa kepada kekufuran. Maka mintalah perlindungan dari Allah Taala!
Reblog this post [with Zemanta]

Ulasan

  1. bagaiman dengan zinahati, rdhanz?
    saya buntu~~oh.

    BalasPadam
  2. Balqissy

    Zina hati? Um, payah juga nak jawab ni. Tak cukup maklumat. Ada sesiapa yang boleh tolong?

    BalasPadam
  3. salam.bolej tak saya nak copy artikal2 yg ada dalam blog ni?

    BalasPadam
  4. Waalaikumussalam. Dibenarkan copy dengan syarat sertakan link ke blog ini.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Hari yang memenatkan

Memudahkan yang rumit