Jumaat hari untuk bertelefon: Sarah sakit
Lama sudah saya tidak menulis siri ini. Jumaat hari untuk bertelefon. Bererti, saya jarang telefon rumah kebelakangan ini. Kalau telefon pun, bukan hari Jumaat.
Telefon K.nor
Saya memilih untuk menelefon telefon bimbit K.nor kerana khuatir kalau-kalau saya tertelefon Ayed ketika mendengar khutbah atau ketika dia sedang sujud. Tentu huru-hara jadinya. Kebetulan waktu yang saya pilih untuk telefon pagi tadi agak hampir dengan waktu Zohor di Malaysia.
Saya memulakan perbualan dengan K.nor. Kedengaran suara teruja dia mengangkat telefon. Mungkin dia sangka A.tohir yang telefon. Maklumlah, saya dan A.tohir sama-sama duduk jauh dan telefon guna VoIP (Voice over Internet Protocol -- khidmat PC to Phone), maka nombor yang tertera pada skrin telefon bimbit adalah sama.
"Baru je tanya bakpe lame Syakir tak telefon."
Ajak ke UK
Saya senyum. Tapi terpaksa juga keluarkan sedikit bunyi, "He he..." Kalau tidak, K.nor tak tahu bahawa saya sedang senyum. K.nor beria-ia mengajak saya ke UK. Dia akan ke sana Jun ini. A.tohir sudah dapatkan rumah. Mereka ke sana 3 tahun, sementara A.tohir siapkan PhD. K.nor bakal menjadi penganggur bersarjana di sana. Terpaksa ambil cuti tanpa gaji.
Dalam kekalutan orang nak bersiap untuk Solat Jumaat, sempat lagi telefon berganti tangan ke tangan Ayed. Sekejap saja. Dari jauh kedengaran suara Baba mengirimkan salam. Telefon berganti tangan lagi ke tangan Mama.
Bendahara Tun Perak
Mama bercerita soal kemenangan Pas di Bukit Gantang. Mama, Baba, Ayed dan K.bae turun ke Bukit Gantang untuk melihat suasana pilihan raya ketika tempoh kempen berlangsung. Katanya, orang Perak gelar YB Ir. Nizar sebagai Bendahara Tun Perak berikutan peristiwa pohon derhaka yang berlaku beru-baru ini. Sungguh signifikan...
Sarah demam? Alahai...
Cuma, agak menyedihkan bila dapat berita Sarah demam. Saya terus hubungi K.wa selepas itu. K.wa sedang berehat. Sarah tidur. Katanya, petang nanti akan dibawa berjumpa pakar. Syafahallah. Moga-moga Sarah akan kembali sihat dan boleh berjalan dengan gaya comelnya sambil tersenyum. Cuma selepas ini, harap Sarah tak lagi tolak-tolak Asyraf dan gigit kawan-kawan di nurseri. Tak comel la kalau buat macam tu... :-)
Dan hati saya terubat sudah.

ehem ~ UK ... Nnti awak survey price untuk UK pulak.. hihihihi bagus nih.. boleh kerja dengan Kementerian Pelancongan Cairo.. hahahahaha
BalasPadam@Queen Lyana
BalasPadamBajet ah nak kerja dengan Kementerian Pelancongan Cairo. Orang Mesir pun tak cukup kerja.
:-D