Asas keimanan seorang muslim

Name of Allah written in the style of Arabic c...Image via Wikipedia
Yakin dengan teguh bahawa Allah Subhanahu wa Taala itu wujud, esa, tiada sekutu bagiNya, tiada yang serupa denganNya, tiada yang menyerupaiNya, tiada yang sama denganNya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat. Dialah yang menciptakan langit dan bumi, mati dan hidup, ketaatan dan kemaksiatan, sihat dan sakit, yang menciptakan seluruh kejadian dan apa yang ada pada kejadian itu. Yang menciptakan makhluk dan segala perbuatan mereka, menentukan rezeki dan ajal mereka, tidak lebih dan tidak kurang. Tiada yang berlaku melainkan dengan kekuasaan dan kehendakNya. Dia hidup, mengetahui, berkehendak, berkuasa, berkata-kata, mendengar, melihat. Dia mengetahui mata yang khianat dan apa yang diselindungkan di dalam hati. Dia mengetahui apa yang dirahsiakan dan disembunyikan bahkan Dialah yang mencipta segala sesuatu. Dia itu Esa dan Maha Berkuasa.

Juga yakin dengan teguh bahawa Allah Subhanahu wa Taala membangkitkan Saidina Muhammad sebagai hambaNya dan RasulNya kepada seluruh makhluk untuk memberi hidayah kepada mereka, untuk menyempurnakan kehidupan mereka dan Baginda dibantu dengan mukjizat-mukjizat yang nyata.

Yakin dengan teguh bahawa Baginda Sallallahu alaihi wasallam itu benar dengan setiap apa yang Baginda khabarkan dari Allah Taala tentang Titian Sirat, Timbangan Amal, Kolam Haudh dan lain-lain lagi yang bersangkutan dengan Hari Akhirat dan Alam Barzakh dari soalan dari dua malaikat, azab kubur dan ni'mat padanya.

Juga yakin dengan teguh bahawa Al-Quran dan semua kitab yang diturunkan Allah itu adalah benar. Malaikat itu benar. Syurga itu benar. Neraka itu benar. Serta semua apa yang Saidina Muhammad Sallallahu alaihi wasallam datangkan itu benar.
Reblog this post [with Zemanta]

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Hari yang memenatkan

Memudahkan yang rumit