Langkau ke kandungan utama

7 orang anak Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam

This Arabic calligraphy is one of the very few...Image via Wikipedia
1. Qasim (kerana itu Baginda Sallallahu alaihi wasallam digelar Abu Qasim)

2. Zainab

3. Ruqayyah

4. Ummu Kalthum

5. Fatimah

6. Abdullah (lahir selepas Khadijah memeluk Islam)

* Kesemua anak Baginda Sallallahu alaihi wasallam yang tersenarai di atas ibu mereka adalah Khadijah.


** Anak Baginda Sallallahu alaihi wasallam yang paling awal meninggal dunia ialah Qasim kemudian Abdullah.

7. Ibrahim (ibunya ialah Mariah Al-Qibtiyyah dan meninggal ketika usianya 16 bulan atau lebih)
Reblog this post [with Zemanta]

Ulasan

  1. sesungguhnya ada hikmah Allah mengambil awal anak2 lelaki Baginda Rasulullah. Selawat atas junjungan besar kita.

    BalasPadam
  2. @Shitsurei Shimashita
    2 hikmah dimatikan anak lelaki Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam:
    1. Sekiranya anak lelaki Baginda Sallallahu alaihi wasallam hidup sudah tentu dia akan diangkat menjadi nabi, sedangkan sudah tiada nabi selepas Baginda Sallallahu alaihi wasallam kerana Baginda Sallallahu alaihi wasallam adalah nabi terakhir yang diutuskan Allah Subhanahu wa Taala.
    2. Kematian anak adalah ujian yang besar bagi seseorang. Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam adalah manusia yang paling dicintai Allah Subhanahu wa Taala, maka ujian yang ditimpa ke atas Baginda Sallallahu alaihi wasallam adalah ujian yang berat sebagai contoh kepada umatnya betapa tingganya tingkat kesabaran Baginda Sallallahu alaihi wasallam.

    Wallahua'lam.

    BalasPadam
  3. kepada Shitsurei Shimashita, lepas baca komen awak di atas, menitis air mata saya.

    sesungguhnya, kasih sayang fitrah ibu bapa terhadapa anak kandung masing-masing adalah ujian yang sangat berat kepada kita.

    dua orang anak didik saya telah meninggal dunia tahun lepas. saya berhadapan dengan ibubapanya yang mengalami tekanan emosi yang bukan kecil.

    walaupun simpati, sesungguhnya saya juga sedar Allah SWT itu mempunyai perancngan yang jauuuuuuuuuuuuuh lebih baik daripada kita.

    BalasPadam
  4. @Anonymous

    Teringat Mama Baba... Aaa...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rukun Islam dan rukun Iman

5 RUKUN ISLAM

1. Mengucap dua kalimah syahadah.
2. Mendirikan solat.
3. Menunaikan zakat.
4. Berpuasa di bulan Ramadhan.
5. Menunaikan haji di Mekah bagi yang mampu.

6 RUKUN IMAN

1. Beriman dengan Allah subhanahu wa taala.
2. Beriman dengan para malaikat.
3. Beriman dengan kitab-kitab suci.
4. Beriman dengan para Rasul.
5. Beriman dengan Hari Akhirat.
6. Beriman dengan Qada' dan Qadar.

Menentang kemungkaran itu kewajipan setiap muslim

Image via Wikipedia
1. Menentang kemungkaran dan melawan golongan yang sesat itu wajib secara ijma'.

2. Peringkat mencegah kemungkaran:

i) Tangan - Fardhu kifayah jika ramai yang tahu, fardhu ain jika tiada orang lain yang tahu.
ii) Lisan - Fardhu kifayah jika ramai yang tahu, fardhu ain jika tiada orang lain yang tahu.
iii) Hati - Fardhu ain, kerana membenci perkara maksiat itu wajib bagi setiap muslim. Manakala redha dengan maksiat itu dosa besar.

3. Harus tinggalkan menentang kemungkaran dengan tangan dan lisan bila yakin akan ditimpa kesusahan jika melakukannya dan dia tidak mampu untuk menanggung kesusahan itu.

4. Akibat meninggalkan perbuatan mencegah kemungkaran:

i) Tersebarnya kejahatan di dunia.
ii) Berleluasa maksiat dan perbuatan keji.
iii) Bertambah ramai orang jahat.
iv) Orang jahat akan menguasai orang baik.
v) Orang baik tidak mampu melawan orang jahat.
vi) Luput sifat-sifat kemuliaan.
vii) Berleluasa sifat-sifat keji.
viii) Ketika itu, semua manusia berhak untuk dimurk…

5 rukun khutbah Jumaat

Solat Jumaat fardhu ain ke atas muslim yang lelaki, merdeka, bermukim tanpa keuzuran yang dibenarkan syara' seperti sakit atau hujan.

Antara syarat solat Jumaat ialah dua khutbah.

Rukun-rukun khutbah Jumaat:

1. Puji-pujian kepada Allah subhanahu wa taala.
2. Selawat ke atas Nabi sallallahu alaihi wasallam.
3. Berpesan supaya bertaqwa.
4. Membaca ayat dari Al-Quran pada salah satu dari kedua-dua khutbah.
5. Doa kepada orang-orang mu'min pada khutbah kedua.

Wajib khatib berkhutbah dalam keadaan berdiri, suci dari hadas, menutup aurat dan wajib duduk antara dua khutbah dengan kadar lebih dari toma'ninah dalam solat dan tidak senggang masa terlalu lama antara dua khutbah.

Solat jemaah dan solat jenazah itu fardhu kifayah.

Solat hari raya, solat gerhana dan solat witir itu sunat muakkad. Begitu juga dengan solat sebelum dan selepas solat fardhu.

Solat dhuha dan tarawih itu sunat yang banyak kelebihan padanya dan ganjarannya sangat besar.