3 keseronokkan minggu ini
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.
Beberapa perkara yang berlaku beberapa hari yang lepas membuat saya rasa gembira.
Pindah
Pertama, saya sempat membantu Kamal, Waza, Hadi dan Hakim berpindah ke rumah baru mereka. Walaupun hanya sedikit, tapi tetap seronok. Malam itu tidak begitu dingin. Nyaman. Akhirnya saya tertidur di rumah baru mereka.
Teguran
Kedua, saya ditegur oleh seorang kawan akan kelalaian saya. Kalau nak diikutkan, memang tak suka jika ditegur. Apatah lagi jika teguran itu pada perkara yang sangat peribadi. Tapi, apabila berada di tempat orang, jauh dari pandangan keluarga, satu nasihat yang sememangnya ditujukan khusus untuk diri sendiri oleh kawan yang benar-benar prihatin sememangnya dihargai. Ia buat saya terfikir untuk berfikir.
Komik
Ketiga, saya sekarang sedang menyiapkan komik empat muka untuk menyertai pertandingan. Sudah lama saya tidak bersungguh dalam melukis. Seronok rasanya menghabiskan malam dengan pen, pensel dan pemadam. Sekarang saya sedang rehat kerana sendi-sendi jari telah lenguh.
Semoga kebaikan demi kebaikan menunggu saya untuk hari-hari yang seterusnya.
Amiin ya Rabb!

semoga berjaya dalam pertandingan tu ti yer. pastu leh kongsi cite dlm komik tu, yelah dalam bahasa arab kan? jrg kita nampak.
BalasPadamtegur menegur budaya kita tp mcm dah nak pupus ja kalo di bandar2 besar.
tido sebab penat ke kenyang...hehehehe (jgn marah)
@Shitsurei Shimashita
BalasPadamAyak! Komik tu dalam Bahasa Melayu je la... Kalau ada pertandingan buat komik Bahasa Arab, comfirm saya buat yang tak ada dialog. Haha.
Memang patut diteruskan budaya menegur ni. Tapi dengan hikmah la...
Tido sebab... bosan. Hehe...
Bagus!
BalasPadamPandang teguran itu positif bukan mudah.
TABIKKKKKK
@Mariza: Terima kasih.
BalasPadam