Solat berjemaah di masjid
Terima kasih ya Allah kerana mengirimkanku kawan yang menjaga solatnya dalam segenap urusan.
Terima kasih ya Allah kerana menghadiahkanku makmum ketika solat sendirian di masjid.
Terima kasih ya Allah kerana mengizinkanku berbual panjang dengan kawan lama yang peribadinya berwibawa.
Semua ini menyegarkan roh saya untuk kembali aktif dan tidak lesu sepanjang hari.
Pernah saya tuliskan suatu masa dahulu perihal masjid yang berbilang-bilang di Mesir ini. Apabila masuk waktu solat, kedengaran azan dari setiap penjuru. Ia bergema dan menimbulkan rasa kehebatan dalam diri yang ingin merasakannya.
Sungguhpun waktu azan itu sama, tempoh antara azan dan iqamah berbeza. Sememangnya ada kebaikan di celah-celah perbezaan. Jika sibuk dan perlu habiskan solat dengan segara, maka masjid yang iqamahnya awal menjadi pilihan. Jika sudah terlewat tetapi masih mahu solat secara berjemaah, maka masjid yang lewat iqamahnya menjadi pilihan. Jika sudah terlalu lewat dan masih ingin solat berjemaah di masjid, maka masjid di tempat yang ramai orang menjadi pilihan. Kebarangkalian untuk ada jemaah kecil agak tinggi di sana.
Solat merupakan rukun yang perlu ditunaikan seorang muslim 5 kali setiap hari. Bahkan ia adalah perbezaan utama antara muslim dan kafir.
Kesungguhan untuk menunaikan solat dalam bentuk yang sempurna pula membezakan antara mukmin dan munafiq. Bahkan Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam menjanjikan kebebasan dari sifat nifaq dan kebebasan dari azab neraka bagi yang berusaha mendapatkan takbiratul ihram dalam solat berjemaah selama 40 hari berturut-turut.
Bagi kawan-kawan yang berada di Mesir, sama-sama kita saling memperingati untuk merebut peluang keberadaan kita di Mesir untuk melazimkan diri dengan solat berjemaah di masjid. Ingatkan saya jika saya lupa.
Bagaimana pula anda di Malaysia?

Ulasan
Catat Ulasan