Hikmah di sebalik peristiwa
Semalam saya nyaris memalukan diri sendiri di hadapan kawan-kawan. Pagi ini, dek kerana tubuh terasa lemah kerana seharian berpenatan di ARMA semalam, ia meminta untuk disegarkan dengan air dengan kehangatan yang nyaman, namun pemanas air pula meragam. Tiada air panas. Menggeletar tubuh bila kesejukkan air bergabung dengan kesejukkan pagi.
Ditambah pula sejak semalam lagi saya tak dapat akses Internet. Dengan keletihan fizikal dan emosi, biasanya Internet menjadi tempat saya melonggarkan ketegangan yang ada. Namun, hampa. Hingga ke pagi, saya masih belum dapat akses Internet. Maka, saya menapak di pagi hari menuju ke kafe siber yang berdekatan. Aneh, pagi ini banyak kafe siber yang tutup. Terpaksa menapak lebih jauh.
Tiba di hadapan pintu kafe siber, penjaganya berkata, "Nuss sa'ah." Dia sedang membersih, maka dia minta saya menunggu setengah jam. Maka, saya menapak lagi. Tiba di kafe siber yang lain, saya terpaksa bersabar dengan komputer yang lembab dan kekurangan perisian yang biasa saya gunakan. Tiba-tiba saya dapati headphone tidak berbunyi suaranya. Maka, saya pinta pada penjaganya supaya menyelesaikan masalah ini. Sedang dia menyelongkar bahagaian belakang komputer, saya tersentuh kabel elektrik dengan kaki, maka komputer itu padam. Saya terpaksa menunggu beberapa minit sebelum ia hidup kembali, sambil menahan sejuk angin pagi kerana pintu kafe siber itu tidak ditutup.
Apabila segalanya normal, saya cuba untuk hubungi keluarga di Malaysia. Puncanya kerana kesibukkan saya beberapa hari ini, saya masih belum tahu keputusan SPM adik saya. Namun, hampa. Orang Malaysia sibuk dicampur emosi saya yang kurang stabil ketika itu membuat saya putus keghairahan untuk berbual. Saya akhiri sesi Internet saya dengan tergesa-gesa kerana diserang sakit perut.
Oleh kerana segalanya kelihatan agak huru-hara, maka saya ambil keputusan untuk menyelesaikan segalanya dengan tidur. Segala masalah saya terjemahkan dalam mimpi yang sebagaimana biasa, datang dengan cerita yang separuh logik dan disudahi dengan kesudahan yang tergantung.
Makanya saya agak sukar untuk senyum pagi ini. Jangan cuba untuk bercerita kelakar ketika ini atau anda akan dikecewakan. Sungguhpun saya mudah untuk ketawa, tetapi bukan di saat-saat seperti ini. Bukan.
Akhirnya saya menapak ke Rumah Terengganu. Pertama, untuk makan di Restoren Rumah Selangor dan kedua, untuk melunaskan janji pada tubuh untuk segarkan tubuh dengan air hangat. Di kesempatan itu saya berkebetulan dapat akses Internet. Kebetulan adik saya sedang online. Maka, saya bertanyakan khabarnya. Oh... saya mengangguk kerana faham.
Subhanallah. Ego saya sering terduduk lemah bila disingkap hikmah kejadian Allah Subhanahu wa Taala. Sifatnya yang Maha Penyayang dan Maha Bijaksana seringkali menyentuh hati saya.
Patutlah saya ditimpa bermacam-macam cerita pagi ini, semata-mata sebagai persiapan untuk mendengar cerita dari adik saya yang perlukan pemahaman yang mendalam tentang erti kesedihan. Ya, kesedihan itu pelbagai. Dan kali ini ia berbentuk kekecewaan.
Jika saya berbual dengannya dalam keadaan saya gembira, saya mungkin akan melukakan hatinya dengan lawak bodoh saya. Saya mungkin tak mampu menyelam perasaan kesalnya. Namun, huru-hara yang menimpa saya pagi tadi mempersiapkan emosi saya untuk menuntun tangannya mencari penyelesaian.
Jika dia seorang pelajar yang sederhana, mendapat keputusan sederhana, maka ia tidak menjadi masalah. Tetapi, ceritanya sekarang, dia pelajar cemerlang yang mendapat keputusan yang sederhana. Jika ini cerita PMR, ia tidak begitu digusarkan. Tapi, ini cerita SPM. Agak menggusarkan.
Hampir-hampir saja air mata berderai memujuk si adik supaya bertenang dan berpesan supaya buat keputusan yang betul untuk perjalanan akan datang. Bukan kerana cerita dia terlalu sedih. Tetapi mengenangkan apa yang pernah berlaku kepada diri saya beberapa tahun dahulu. Ia mengajar saya supaya tidak mudah untuk tumpahkan air mata.
Saya pernah berdepan dengan dua kegagalan yang besar dalam hidup. Pertama atas sebab kelalaian diri. Kedua atas sebab yang tak tidak disengajakan. Jika sebelum ini mata saya ibarat empangan penuh, mudah saja menitiskan air mata, namun setelah empangan itu pecah teruk ia kini kering.
Apa yang penting sekarang adalah langkahan seterusnya.

Jaga diri bebaik..jaga pemakanan..
BalasPadam@Al-Fatih
BalasPadamTerima kasih.
robbuna yusahhil wa yuqawwik..
BalasPadam-ahli bilik
salam singgah ^^
BalasPadam'la yukallifu nafsan illa wus'aha...'
bila sudah tidak tahu apa yang harus dilakukan ketika diri diserang ujian,maka sabar sahajalah jalan penyelesaian yang terbaik...
bukankah tali yang regang pasti akan putus jua akhirnya??..^^
* la yukallifullahu nafsan illa wus'aha *
BalasPadam@Damai
BalasPadamBenar, ia akan putus jua akhirnya. Moga diberi keteguhan tatkala menunggu segalanya berakhir...
@Salman
BalasPadamTak perasan komen enta... Maalish! :-)
assalamualaikum en rdhanz: alhmdulillah sungguh menyedar sy..ye, dugaan Allah datang tanpa kita duga..mudah2an ade rezeki terbuka luas utk adik en meneruskan pengajian..smga en juga dikurniakan idea2 utk dikongsikan lagi..syukran=)
BalasPadam