Pengajaran dari SPM 2008

Berikut adalah petikan-petikan yang menarik sepanjang pengumuman keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia 2008 Khamis lalu. Petikan ini diambil dari Berita Harian Online dan Utusan Malaysia Online. Semoga kita semua beroleh manfaat daripadanya.

Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal

"Saya mengulang kaji awal pagi setiap hari selepas bersolat tahajud dan membaca al-Quran yang menjadi amalan sejak di sekolah rendah lagi. Berikutan tidak mampu mengikuti kelas tambahan di luar kerana mahal, saya beri tumpuan sepenuhnya ketika dalam kelas," katanya.
"Saya tidak ikut kelas tambahan di luar sekolah, hanya tumpukan perhatian pada apa yang boleh ditimba di sekolah," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurutnya, dia menjadikan kejayaan pelajar cemerlang negara, Azali Azlan yang memperoleh 21 A dalam keputusan SPM tahun 2007 sebagai pembakar semangat.
Nur Madihah cuma menyasarkan A bagi 18 mata pelajaran dan bersyukur kerana dia mampu melakukan sesuatu yang lebih baik walaupun tidak dapat memecah rekod Azali Azlan, bekas pelajar SMK Agama Yan, Kedah yang memperoleh 20 1A dan satu 2A.
"Saya belajar setiap masa yang terluang dan belajar apabila terasa mahu belajar tanpa terpaksa atau dipaksa," ujarnya yang memperoleh 9 A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) dua tahun lalu.

"Saya belum membuat keputusan. Saya akan melakukan sembahyang istikharah untuk mendapat petunjuk daripada Allah SWT bagi membuat pilihan terbaik tempat melanjutkan pelajaran," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

"Kenapa saya pilih (20 subjek)... Saya nak cabar kebolehan diri sendiri dalam menuntut sebanyak mana cabang ilmu yang ada... Memang minat belajar, fikir kalau ikhlas, semua benda boleh buat."

Rumah kecil itu menjadi gambaran kehidupan sukar mereka sekeluarga malah bilik kecil yang dilindungi almari di ruang tamu yang menjadi tempatnya untuk berehat manakala ruang tamu yang mampu memuatkan kira-kira empat orang itu menjadi bilik belajar tetapnya pada setiap hari.

Sementara itu, Mariani berkata, sebagai ibu, beliau dan suaminya sentiasa mendoakan kejayaan untuk empat anak mereka dan menanam kesedaran terhadap kepentingan ilmu demi mengubah masa depan.

Persis kata Nik Nur Madihah, anak jati kampung nelayan, Kampung Parang Puting, dekat Pantai Sabak itu: "Saya mengulang kaji awal pagi tiap-tiap hari selepas solat tahajud dan sesudah membaca al-Quran."

Lain-lain

Kembar, Rohamina dan Rohaisha berkata: "Kami selalu membaca al-Quran, selain kerap melakukan solat hajat agar dipermudah kami mengikuti pelajaran dan mendapat kejayaan cemerlang."

Bagi Mohammad Aizuddin, pendekatan diri kepada Allah SWT penting sebab mengingatiNya dengan melakukan suruhanNya dan menjauhi laranganNya menjadikan jiwa sentiasa tenang dan mudah memahami pelajaran.

"Seorang calon rabun dari Sekolah Menengah Sains Keluang, Johor, Mohamad Shafiq Sahdon berjaya memperoleh 12 1A manakala calon pekak dari Sekolah Menengah Kebangsaan, Jalan Bukit, Kajang, Selangor, Agilan Narayanan mendapat 11 1A," katanya.

"Mereka mempunyai sifat hampir sama. Sebagai contoh, Siti Fatimah dan Nik Nur Madihah tiada jadual belajar tetap. Jadi saya perlu memberi sepenuh perhatian kepada pelajar terbabit," jelasnya.

Ulasan

  1. semoga beliau sentiasa dalam kesederhanaan dan dilindungi Allah. Harap2 pihak2 yg membantu ikhlas dan sentiasa memberi sokongan kpd keluarga dan beliau sendiri.
    Di harap keluarga beliau tidak kelabu mata andai berlaku perubahan drastik dalam kehidupan mereka. Wallahualam..

    BalasPadam
  2. @Shitrurei Shimashita
    Ya, semoga segalanya baik dan kekal baik. Juga semoga keadaan keluarganya bertambah baik.

    BalasPadam
  3. Salam buat kamu..

    Semoga kejayaannya menjadi pendorong untuk kamu,Damai dan semua umat Islam berjaya...ameen..

    ~~terbukti dengan mengingati Allah dan memohon kepada-Nya,kejayaan pasti menjadi milik kita...tapi,mengapa diri masih bermalas2an untuk menambah ‘amalan?...huhu~~

    BalasPadam
  4. @Damai
    Waalaikumussalam,
    Ya, sudah terbukti amalan akan menerbitkan ketenangan dan ketenangan membantu dalam pelajaran.
    Semoga menjadi koreksi kepada diri ini dan juga manfaat untuk semua.

    BalasPadam
  5. salam...bila hati bertaut dengan Allah,segalanya akan menjadi mudah dan senang..kerana kekuatan iman yang berada di dalam hati menjadi benteng segala kemungkaran..

    BalasPadam
  6. @Anonymous
    Waalaikumussalam.
    Bila hamba bersungguh-sungguh dekatkan diri kepadaNya, maka Allah Subhanahu wa Taala sendiri yang akan cukupkan keperluan hidupNya. Apakah yang lebih baik dari itu?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Hari yang memenatkan

Memudahkan yang rumit