Turun dan naik

Damietta, Egyt - Mosque of Abou Maati - MinaretImage by nd_architecture_library via Flickr
Blog ini semakin hilang popularitinya apabila saya tidak lagi menulis cerita-cerita harian saya, sebaliknya saya catatkan nota-nota penting untuk dikongsikan bersama.

Dumyat Jadidah

Memang setiap minggu ada turun naiknya. Namun, turun naik minggu ini agak berbeza. Banyak perkara baru yang berlaku. Selain saya semakin mampu untuk menguruskan tugasan harian dengan lebih berkesan, hujung minggu lepas, saya ke Dumyat Jadidah untuk ziarah kawan-kawan di sana.

Beza Dumyat dan Kaherah amat ketara. Kaherah terkenal dengan sibuk. Dumyat tenang, terutamanya Dumyat Jadidah. Tenang dan sejuk. Kebetulan hari yang kami tiba di sana, angin sejuk menggigit kulit kami yang tidak bersedia dengan baju sejuk yang tebal. Maka, keseronokkan menikmati malam di Dumyat agak terganggu dengan angin sejuk.

Kawan, teman, sahabat

Benarlah, untuk mengenali peribadi kawan, ajaklah dia berjalan. Sepanjang perjalanan, kami berbual panjang. Akhirnya saya simpulkan, bermusafir dengan kawan bukan sahaja memberi peluang kepada kita untuk kenali kawan kita, tetapi juga untuk kita lebih memahami diri sendiri.

Boros?

Cuma minggu ini, antara ayat yang sering saya sebutkan ialah, "Tak cukup duit." Pada mulanya saya tak begitu perasan bahawa saya sering ulang-ulangkan ayat ini. Hakikatnya, bukan saya kekurangan wang di sini, cuma saya tersedar bahawa kebelakangan ini saya agak boros. Satu perkara yang perlu dimuhasabah kembali.

Bukit Gantang

Kempen pilihanraya di tiga kawasan telah bermula. Mama, Baba, Ayed dan K.bae kini berada di Bukit Gantang untuk melihat suasana pilihanraya dari dekat. Saya masih teringat cuti lepas Baba dan saya berada di Permatang Pauh untuk sama-sama menyaksikan pilihanraya kecil di kawasan itu. Baba kelihatan amat gembira kerana sempat bersalaman dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Setiap bulan, pasti akan ada isu hangat berkenaan politik di tanah air. Kestabilan politik dan ekonomi di Malaysia agak goyah sekarang ini. Moga ia berakhir dengan kepimpinan yang lebih baik!

Amiin ya Rabb!
Reblog this post [with Zemanta]

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Hari yang memenatkan

Memudahkan yang rumit