Contoh dan teladan dalam menghidupkan al-Quran dalam kehidupan seharian

The Holy Qur'anImage by Ramy Alaa via Flickr
Saidina Umar al-Khattab radhiallahu anhu

1. Mengambil masa 12 tahun untuk mempelajari Surah al-Baqarah. Semua ini kerana para sahabat menitikberatkan pengamalan ayat-ayat yang dipelajari dan dihafal.

2. Setelah tamat mempelajari Surah al-Baqarah, beliau menyembelih unta untuk melahirkan rasa gembira.

Ibnu Qayyim rahimahullah

1. Tinggalkan alam dunia dan masuk ke alam akhirat ketika membaca al-Quran.

2. Cuba untuk fahami apa yang Allah Subhanahu wa Taala kehendaki dari ayat tersebut.

3. Ketahui sebab ayat tersebut diturunkan.

4. Ambil setiap ayat yang dibaca untuk merawat penyakit hati.

Imam Hassan al-Banna

1. Hati adalah jalan yang paling mudah untuk memahami ayat al-Quran.

2. Membaca al-Quran dengan merendah diri kepada Allah Subhanahu wa Taala.

3. Membaca al-Quran dengan tumpuan yang sepenuhnya.

4. Membaca al-Quran dengan niat untuk meminta petunjuk dan kebenaran.

5. Cuba untuk kuasai sirah Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam.

6. Ambil berat dengan sebab ayat diturunkan.

7. Dengan mengaitkan sebab ayat diturunkan dan sirah Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam akan membantu untuk mendapatkan pemahaman yang sahih.

Syeikh Jibril

1. Setiap hari beliau akan mengulang baca lima juzuk al-Quran setiap hari.

2. Setiap juzuk beliau peruntukkan 20 minit untuk membacanya.

3. Beliau merupakan seorang yang sibuk. Mempunyai pekerjaan lain selain menjadi imam dan qari.

4. Tetapi, apabila beliau membaca al-Quran, beliau tinggalkan segala urusan kerana beliau yakin apabila ditumpukan sepenuh perhatian kepada al-Quran, maka Allah Subhanahu wa Taala akan tunaikan segala keperluannya.
Reblog this post [with Zemanta]

Ulasan

  1. salam..

    Masya Allah, tak mampu nak buat spt tokoh2 ini..
    dpt mengaji 5 minit sehari pun dah rasa cukup baik, drp tak dpt langsung dgn alasan bz dgn anak2.. huhu.. teruk nya kakyong!

    BalasPadam
  2. @Kak Yong
    Waalaikumussalam.
    Saya masa mula-mula tahu pun turut rasa malu dan terkejut dengan kesungguhan mereka.
    Masa untuk berubah!

    BalasPadam
  3. rasa tak layak jadi islam kalau kekuatan mereka dijadikan ukuran keislaman......jahilnya

    BalasPadam
  4. @Anonymous: Sama-sama ambil kekuatan dan teladan dari tokoh-tokoh kita.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rukun Islam dan rukun Iman

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Cara meninggalkan komen di blog