Evolusi duit

Sebelum sistem wang diperkenalkan, manusia bertukar barang menggunakan sistem barter. Tukar suka sama suka.

Oleh kerana sistem ini ada banyak masalah, terutama dalam menyesuaikan nilai antara barang yang berbeza, maka sistem wang diperkenalkan.

Emas dipilih sebagai perantara yang paling sesuai selain perak dan boleh jadi logam-logam lain.

Maka ketika zaman Khilafah Islam, sistem dinar dan dirham diperkenalkan.

Apabila khilafah dijatuhkan dan Barat mula mengambil alih, mereka memperkenalkan duit kertas. Ia disandarkan pada nilai emas. Cuma dibawa dalam bentuk kertas.

Ia tidak diterimapakai dalam tempoh sekelip mata. Tapi melalui proses demi proses.

Akhirnya seluruh dunia menerima sistem ini.

Kemudian mereka memperkenalkan duit plastik. Atau lebih dikenali sebagai kad kredit. Sungguhpun semua orang tahu keburukkan kad kredit yang boleh membawa pemegangnya ke arah muflis, tapi rata-rata anak muda sekarang yang baru bekerja sudah memiliki kad kredit masing-masing.

Ia tidak terhenti di situ.

Sekarang duit digital pula sedang dipopularkan. Duit akan datang tidak lagi sesuatu yang boleh disentuh, tapi hanya diwakili angka-angka yang mungkin terpapar di skrin komputer atau skrin telefon.

Bayangkan, dari emas yang betul-betul berharga, ia berpindah kepada kertas, kemudian plastik dan kini hanya nombor?

Kemudian fikirkan pula, siapakah yang mengawalnya?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Hari yang memenatkan

Memudahkan yang rumit