Basyir
Jumpa Basyir tadi. Kenalan dari Thailand. Jumpa di Tarim, Yaman pada musim panas tahun 2006.
Entah kenapa beria-ia saya tegur dia tadi. Padahal saya bukanlah jenis yang ramah sangat.
Pada awalnya saya tak dapat ingat di mana saya jumpa dia. Bahkan saya menebak bahawa namanya Ibrahim.
Terus terang, saya hanya ingat muka dia.
Beberapa minit saya berteleku, mengingatkan diri saya kenapa saya begitu beria-ia menegur dia, akhirnya satu per satu memori di Tarim terpapar kembali.
Tarim bukanlah tempat yang paling indah untuk dijadikan destinasi untuk bercuti. Tanahnya yang gersang, udaranya panas dan airnya berkapur. Tapi manusia-manusia di situ yang buat tanah ini begitu istimewa. Para ulama' dan orang kebanyakkan yang menyanjung tinggi ilmu agama membuat saya sabar berada di sana selama lebih kurang tiga bulan.
Hanya tiga bulan. Dan Basyir bukanlah satu-satunya orang yang saya jumpa di sana. Ramai lagi.
Tapi tatkala melihat kelibatnya tadi, beria-ia saya menegurnya.
Walaupun Basyir tetap tak dapat ingat siapakah saya sampai sudah.
Mungkin ini penangan rindu. Rindu Tarim.
Di sana saya dengar dan ingat sepotong kata-kata dari Habib Umar bin Hafiz hafizahullah,
Urusan hati memang susah hendak dicerita. Sampai bila-bila pun tak akan boleh cerita.

كم من قريب بعيد
وكم من بعيد قريب
"Betapa ramai yang dekat, tetapi jauh. Dan betapa ramai yang jauh, tetapi dekat."
Urusan hati memang susah hendak dicerita. Sampai bila-bila pun tak akan boleh cerita.
Ulasan
Catat Ulasan