Izzah bukan sombong
Terdiam sekejap kawan saya bila saya nyatakan, "Itu bezanya orang belajar agama."
Mungkin kedengaran sombong.
Tapi, sebenarnya bukan sombong. Tetapi izzah. Izzah berdiri di tengah-tengah antara sombong dan tidak yakin diri.
Berasa izzah dengan ilmu yang ada adalah sifat yang terpuji, kerana ia mendorong kepada pemeliharaan ilmu dan membangkitkan keinginan untuk mendalami ilmu.
Dan penuntut ilmu ada adab-adab yang perlu dihalusi.
Maka izzah itu bukan sekadar semboyan. Ia disusuli dengan banyak perkara. Banyak agenda.
Ia bertitik tolak dari firman Allah subhanahu wa taala:
Begitu juga dengan iffah. Menjaga kehormatan diri bukanlah sombong. Bahkan ia adalah tuntutan.
Firman Allah subhanahu wa taala ketika menerangkan ciri-ciri mukmin yang berjaya:

قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ
"Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?"
Begitu juga dengan iffah. Menjaga kehormatan diri bukanlah sombong. Bahkan ia adalah tuntutan.
Firman Allah subhanahu wa taala ketika menerangkan ciri-ciri mukmin yang berjaya:
وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ
Dan mereka yang menjaga kehormatannya, -
Mungkin kita sememangnya tidak meniatkan sombong. Tapi kadang kala, jika dilihat sekali imbas, sombong itu yang terzahir.
Moga-moga tidak serik untuk iffah dan izzah.
Wallahua'lam.
Ulasan
Catat Ulasan