Revolusi Arab: Bila keadilan menemui jalan buntu
Tahun 2011 dikejutkan dengan Revolusi Arab yang tercetus di Tunisia yang kemudiannya merebak ke seluruh Timur Tengah. Mesir antara negara yang menerima perubahan yang besar kesan dari revolusi ini. Libya, Yaman dan Syria berdepan dengan kemelut yang bermandi darah, mengorbankan banyak nyawa dan memusnahkan banyak harta benda.
Campur tangan pihak luar
Antara isu yang dimainkan adalah campur tangan pihak luar dalam menghangatkan revolusi ini. Terutamanya Libya yang kaya dengan minyak, dan Syria yang polisi luarnya yang selama ini mengancam keamanan Israel.
Atas sebab ini masih ada sebahagian rakyat yang menyokong kerajaan walaupun dalam keadaan tidak dapat disembunyikan lagi penyelewengan mereka lakukan sebelum ini.
Tiada pilihan lain
Tetapi pemerintah sedia ada seakan-akan tidak menyediakan jalan lain kepada rakyat untuk melakukan perubahan. Ruang pilihanraya yang disediakan telah dicemari dengan penyelewengan yang akhirnya menatijahkan putus asa rakyat terhadap sistem tersebut.
Dengan natijah yang memberangsangkan yang berlaku di Tunisia dan Mesir, rakyat seluruh dunia mulai membuka mata kepada cara perubahan dalam bentuk revolusi.
Bukan yang terbaik
Tetapi perubahan tidak berlaku semudah itu. Sehingga hari ini, Tunisia dan Mesir belum lagi stabil seperti sebelumnya dari sudut politik dan ekonomi. Kedua-dua elemen ini penting untuk membangunkan sebuah negara, lebih-lebih lagi setelah musnah teruk akibat revolusi.
Rakyat di negara lain juga tidak boleh semudah itu membuat kesimpulan bahawa apa yang berlaku di Tunisia dan Mesir boleh berlaku di negara masing-masing dengan natijah yang sama. Kerana boleh jadi natijah yang menanti lebih menyerupai apa yang berlaku di Libya, Yaman dan Syria. Boleh jadi juga revolusi itu menatijahkan sesuatu yang lain, yang belum berlaku di mana-mana negara sebelum ini.
Buka ruang
Dalam masa yang sama, pemerintah juga perlu sedar, bahawa rakyat hari ini tidak sama dengan rakyat semalam. Korupsi dan penyelewengan tidak lagi dapat disembunyikan dengan mudah. Maklumat-maklumat boleh bertukar tangan dengan cepat. Bahkan maklumat sulit kerajaan juga boleh bocor dengan pelbagai cara.
Andai sudah tidak mampu memerintah dengan adil, bukalah ruang kepada generasi yang lebih baik untuk memerintah.
Sama ada dengan logo yang sama, atau dengan logo yang berbeza.
Jepun
Dalam masa yang sama, di Jepun, mereka sudah bergilir enam Perdana Menteri dalam tempoh lima tahun.

gaya mcm x cukup je ust?
BalasPadamTak cukup apa? Isi?
BalasPadam:)