Ramadhan sepanjang tahun

Lama tak manfaatkan ruang ini.

Tidak ada apa-apa yang berubah. Cuma kesan dari beberapa peristiwa buat saya mengambil beberapa posisi sementara menunggu situasi reda.

الواجبات أكثر من الأوقات

Fi'lan.

Sebagai lelaki, pertambahan usia diiringi dengan pertambahan tanggungjawab.

Tak hairanlah jika ada yang bertanya kepada sekelompok orang dewasa, "Siapa yang ingin kembali ke zaman kanak-kanak?" maka lelaki yang lebih cenderung untuk berkata 'ya'.


قد مضى عهد النوم

Entah di mana silapnya, tidur saya dua tiga hari ini agak tidak sempurna. Bangun dalam keadaan culas dan letih. Boleh jadi faktor tilam, suasana bilik, cuaca dan sebagainya. Tapi mengenangkan tidur tidak boleh lagi menjadi humum utama dalam hidup, keculasan itu tidak boleh dilayan sangat.

Andai dapat tidur yang sempurna, itu adalah rezeki untuk hari itu. Kalau tak, anggap sajalah tak ada rezeki.

Wira-wira Islam dahulu didik diri mereka agar tidak terlalu manjakan diri dengan tidur. Bila terasa diri terlalu manja, mereka ingatkan diri mereka tentang tanggungjawab mereka yang banyak yang perlu dibereskan dalam masa yang singkat.

Rasulullah sallallahu alaihi wasallam sendiri menegur Aisyah radhiallahu anha yang menebalkan lapik tempat tidur Baginda.

رمضان طول السنة

Walaupun bulan Ramadhan baru sahaja berlalu pergi, rasa rindu telah pun berputik.

Mungkin ramai yang mengingatkan kita tentang ibadah yang telah kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan yang barangkali kita terabaikan di luar bulan Ramadhan, seperti puasa, tilawah, qiam dsb. Dalam masa yang sama, saya turut ingin mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan diri saya dan rakan-rakan tentang perkara-perkara yang tidak sanggup kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan.

Jika kita boleh tahan diri dari melakukan satu-satu perkara semata-mata kerana menghormati bulan Ramadhan, apa salahnya jika panjangkan rasa hormat itu pada sebelas bulan seterusnya? Barulah benar ibadah kita sebagai hamba Allah -- yang menciptakan bulan Ramadhan -- bukan sebagai hamba bulan Ramadhan.

Semoga beroleh manfaat dari perkongsian yang sedikit ini. Terutamanya kepada yang menulis.

Selamat memulakan sesi pengajian yang baru buat teman-teman di Mesir.

Insya-Allah, ada ruang dan peluang, saya akan menulis lagi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Hari yang memenatkan

Memudahkan yang rumit