Cara fikir

Rupa-rupanya cara fikir adalah isu yang sangat besar.

Berada dalam satu sekolah, satu kelompok, bahkan satu keluarga tidak menjanjikan satu cara fikir yang sama.

Perbezaan cara fikir membuahkan perbezaan cara menilai dan cara bertindak.

Adalah tidak bijak jika kita mengandaikan semua orang berfikir dengan cara kita berfikir. Setiap orang ada cara fikir masing-masing. Tak semua salah dan perlu diperbetulkan. Dan sikap menyalahkan cara fikir orang lain, hanya cara fikirnya yang betul pula tidak akan membawa satu komuniti itu ke mana-mana.

Saya ingin cara fikir saya difahami dan dibetulkan jika ada yang terpesong atau melencong. Saya andaikan anda juga inginkan hal yang sama.

Terkadang cara fikir kita tidak teruji melainkan dalam beberapa situasi. Reaksi spontan menzahirkan cara fikir tulen kita.

Cara fikir boleh diuji dan dikaji melalui komunikasi. Bercakap sebagai contoh, mendedahkan bagaimana cara fikir kita dan bagaimana cara fikir orang yang kita sedang bercakap dengannya.

Skill komunikasi yang tinggi membolehkan seseorang belajar banyak cara fikir dan memberi peluang padanya untuk menilai dan menyempurnakan cara fikir yang sedia ada.

Cara fikir adalah isu yang besar. Kerana itu langkah utama Rasulullah sallallahu alaihi wasallam adalah memperbetulkan cara fikir penduduk Mekah yang akhirnya mereka ini menyebarluaskan cara fikir ini ke seluruh dunia.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Hari yang memenatkan

Memudahkan yang rumit